31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ellie Suriaty Kurang Senang Penggiat Seni Dipanggil ‘Retis’ – ‘Macam Ejekan Yang Menjatuhkan Maruah Insan Seni’

    Shopee Sale

    Pelakon, Ellie Suriaty meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir masyarakat yang menggunakan panggilan ‘retis’ untuk merujuk kepada penggiat seni tanah air.

    Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Takut Tersekat, Berdoa Panjang Sebelum Bawa Watak ‘Ibu Aji’ – ‘Saya Minta Ampun Pada Allah’

    Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Ikhlas Kongsi Ilmu Lakonan, Tak Pernah Caj Bayaran – ‘Sedekah Itu Lebih Besar’

    Jangan panggil kami ‘Retis’

    View this post on Instagram

    A post shared by Ellie Suriaty Omar (@elliesuriaty_omar)

    Ellie, 56, menegaskan bahawa dalam industri seni kreatif, tidak wujud istilah perkataan ‘retis’, sebaliknya menyifatkannya sebagai slanga yang digunakan untuk mengejek.

    Kata Ellie, penggunaan perkataan tersebut kurang tepat dan tidak wajar digunakan pada artis di Malaysia ini.

    Dalam industri seni kreatif, tiada istilah pekerjaan ‘Retis’. ‘Retis’ tu apa?

    Bagi saya, seorang penggiat seni industri kreatif, rujukan artis sebagai ‘retis’ adalah sebuah ejekan yang menjatuhkan maruah insan seni.

    Dalam pada itu, Ellie berharap agar masyarakat lebih menghormati profesion masing-masing dan menggunakan istilah yang lebih tepat serta beradab.

    Kami tidak pernah terfikir nak menyakiti hati hamba-hamba Allah yang lain dengan pekerjaan mereka. Mengapa perlu kamu?

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  [VIDEO] Alif Teega Menjaga Hati Aisyah Hijanah, Enggan Berkongsi Gambar Isteri Kedua Di Media Sosial – ‘Mudaratnya Lebih Besar’

    The post Ellie Suriaty Kurang Senang Penggiat Seni Dipanggil ‘Retis’ – ‘Macam Ejekan Yang Menjatuhkan Maruah Insan Seni’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah