27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri mahu siasatan kes buli murid di Johor disegerakan

    Shopee Sale

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mahu siasatan kes buli melibatkan seorang murid di Johor disegerakan dengan tindakan sewajarnya dapat diambil.

    Fadhlina berkata dia mengambil serius kejadian berkenaan dan menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

    “Ia mesti dikendalikan dengan adil dan telus berdasar kepada garis panduan yang telah ditetapkan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    Semalam, ibu kepada seorang murid lelaki berusia 10 tahun mendakwa anaknya yang menghidap kanser hidung, kini menderita akibat gegaran otak selepas menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama Februari lepas.

    MENARIK:  Kemenangan Joohari akan beri imej baik kerjasama PH-BN: Zahid

    Wanita itu turut kesal dengan mendakwa pelaku berusia 12 tahun tidak dikenakan tindakan sewajarnya kerana masih di bawah umur. 

    Sementara itu, Fadhlina berkata pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menziarahi murid berkenaan yang sedang mendapatkan rawatan di hospital. 

    "Saya doakan semoga anak ini diberi kesembuhan segera," katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah