28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Syukur Terima Sambutan Luar Biasa Di China, Tak Ambil Pusing Soal Perbandingan Peminat Dua Negara – ‘Hanya Tempat Saja Berbeza’

    Shopee Sale

    Penyanyi Shila Amzah, meluahkan rasa syukur apabila menerima sambutan luar biasa daripada peminat di China semasa melakukan siri jelajahnya di negara tersebut baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tiket Konsert Jelajah Shila Amzah Di China ‘Sold Out’ Kurang Dari Seminit, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga

    Artikel Berkaitan: Ubai Teruja Lihat Gaya Tudung Shila Amzah Jadi Ikutan Peminat Di China, Seloroh Mahu Buka Bisnes Hijab

    Keterujaan peminat

    Ketika ditemui , pemilik nama Nurshahila Amir Amzah, 35, itu menyifatkan dirinya sebagai seorang penyanyi yang bertuah kerana penerimaan peminat terhadap diri dan karya yang dipersembahkan masih lagi kekal hingga ke hari ini.

    Sejujurnya saya pun tak menjangkakan. Sebelum berlakunya siri jelajah ini memang saya sudah kembali aktif, iaitu dengan mengadakan persembahan dan sebagainya.

    Alhamdulillah saya sangat bertuah kerana sejak beberapa tahun ini selalunya untuk kekal relevan tu adalah perkara yang sangat-sangat sukar untuk dilakukan.

    Menurut Shila, meskipun peminat teruja setiap kali menemuinya, namun mereka tetap menunjukkan sikap hormat dan memahami batas, terutama dalam menjaga adab ketika berinteraksi.

    Peminat saya dekat China sekarang ni dari segi demografinya sudah berubah. Kalau 10 tahun atau 12 tahun dulu, mungkin umurnya berbeza, tapi sekarang mereka semua umur 20, 18 ke 25 tahun.

    Mereka sangat memahami, kalau berjumpa tu kadang-kadang peminat perempuan akan terus nak peluk, tapi kalau yang lelaki dia tahu batas dia. Walaupun menangis-nangis, tangan dia tetap di belakang, menahan diri.

    Shila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media hari pertama Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA) di Studio TV3, Glenmarie Shah Alam pada Jumaat.

    Hanya tempat yang berbeza

    Semasa disoal tentang perbandingan penerimaan peminat di China dan Malaysia, pelantun lagu Masih Ku Cinta itu berkata, baginya, perbezaan yang dirasai hanyalah dari segi lokasi, namun semangat dan sokongan yang diberikan peminat amat dihargainya di kedua-dua negara.

    MENARIK:  Che Ta Tampil Bidas Menyuarakan Rasa Tidak Puas Terhadap Komentar Netizen yang Merendahkan Gaya Aaisyah yang Seperti Orang Dewasa

    Tambahnya lagi, sama ada di Malaysia mahupun di China, dia tidak pernah membezakan tahap komitmen kerana minat dan kecintaannya terhadap bidang seni sentiasa konsisten.

    Di mana-mana saja, walau saya di Malaysia , di China, usaha saya, minat saya terhadap bidang yang saya ceburi ni tetap sama sebenarnya.

    Tak ada kaitan tentang saya mungkin perform lebih dekat sana. Dari segi penerimaan itu, apabila saya perform di sini, sudah semestinya kita dekat atas pentas akan serap energi peminat.

    Kalau saya dapat energi lebih, ia akan bagi lebih dorongan kepada saya untuk buat lebih baik daripada sebelumnya.

    Tapi kalau dari segi perbandingan saya rasa hanya tempat sahaja yang berbeza.

    Dalam perkembangan lain, Shila mempertaruhkan lagu Pernah Punya Aku di pentas AJL40 SA dan menantikan keputusan pada malam Ahad untuk berentap di AJL edisi kali ini.

    Untuk info, hari pertama AJL40 SA saingan turut menyaksikan barisan lagu popular seperti Hijab Rindu (Black Hanifah), Rasa & Takdir (Amira & Haris), Hilangmu Tak Terganti (Afieq Shazwan & Tajul), Kemana Ni (Acap Salam, Luca Sikta, KMY KMO), Tiwikarma, (KOI), Puaskah (Mariam Saim & Ameerais), Kamu (Aina Abdul), Semacam Pandora (Hazama), Kerana Ego (Tuah Adzmi) dan Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan).

    Saingan bakal diteruskan lagi pada malam kedua dengan barisan lagu lain termasuk Nurcinta (Amir Masdi), Menyala (Stacy), Lemah (Dayang Nurfaizah), Seribu Tahun Lagi (Imran Ajmain), Nostalgila (Haqiem Rusli), Lumangad Oku Dika (Reynald Guntabid),  Tak Adil (Aisah Retno) dan Cak Cak Cekuk (Wanie Kayrie) sebelum keputusan lagu yang layak ke peringkat akhir diumumkan.

    Saksikan AJL40 Separuh Akhir secara langsung di TV3 atau strim di Tonton.

    The post Shila Amzah Syukur Terima Sambutan Luar Biasa Di China, Tak Ambil Pusing Soal Perbandingan Peminat Dua Negara – ‘Hanya Tempat Saja Berbeza’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah