32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Bersiap Waktu Kerja, Di Luar Saya Selekeh & Tak Glamor’ – Janna Nick Nafi Sombong, Akui ‘Insecure’

    Shopee Sale

    Pelakon Janna Nick baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi tentang personaliti dirinya sebenar yang jarang didedahkan kepada umum.

    Janna Nick tak sombong

    Menerusi hantaran di Threads, Janna tampil menafikan tanggapan segelintir pihak yang menganggap dirinya seorang yang sombong, sebaliknya mengakui dia sebenarnya sering berasa kurang yakin apabila berada di khalayak ramai tanpa persiapan yang rapi.

    Siapa artis insecure? Saya saya jenis bersiap bila kena kerja je, tak kerja, memang selekeh dan tak glamour langsung. Baju pun repeat jadi bila jalan jalan tu, kalau orang kenal, saya malu.

    Selalu luar waktu bekerja, saya tak anggap diri artis, kalau orang tak tegur, saya anggap orang tak kenal saya. Kalau nampak artis pakai topi, hoodie, pakai facemask, pakai sunglasses (tu tak bersiap tau, bukan sombong).

    Tambahnya lagi, dia juga berasa segan untuk melabelkan dirinya sebagai ‘artis’ dalam kehidupan seharian. Malah, dia menganggap semua orang adalah sama.

    Contoh setiap kali kena interview. Host minta saya beri ucapan untuk peminat? Saya nak sebut peminat pun saya segan. sebab pada saya ni manusia biasa je, tak perlu nak minat saya.

    Tapi saya bersyukur la kalau depa minat kerja kerja saya. cuma I can’t really call my peminat, peminat.

    Dari awal penglibatan saya dalam industri hiburan, saya memang tak boleh masuk dengan dunia glamour. Memang dah cuba banyak kali, tapi rasa fake. Penat.

    Memang saya jarang pergi big big event kecuali ada kerja. Ada orang memang depa naturally jenis suka melawa, rajin bersiap, pandai styling semua. Saya pula, tak pandai. Gagal teruk.

    Pengalaman di London

    Berkongsi pengalaman menetap sementara di London bersama suaminya, Dini Schatzmann, Janna mengakui di sana dia bebas menjadi dirinya sendiri tanpa tekanan persepsi masyarakat.

    MENARIK:  Instagram Aisha Retno Jadi Sasaran Netizen Indonesia Gara-Gara ‘Claim’ Batik Milik Malaysia

    Malah pengalaman tersebut memberi ruang untuknya merasai kehidupan sebagai individu biasa tanpa label populariti.

    Bila duduk London ni, mental saya terjaga sikit, sebab rasa manusia normal. Tak senyum tak ada orang nak assume saya sombong ke apa.

    Kalau moody, pun tak ada orang kisah. Kadang kadang, saya nangis kuat kuat sambil jalan tepi jalan dengan Dini (takde orang peduli) Sumpah puas.

    Tapi, saya duduk London, saya jadi lagi selekeh. kBangun pagi, mandi 5 minit, terus pergi class dengan muka barai.

    Dalam pada itu, Janna berkata suaminya itu banyak membantu meningkatkan keyakinan dirinya.

    Menurut Janna, Dini yang mempunyai sifat Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) lebih menyukai dirinya dalam keadaan semula jadi tanpa sebarang solekan.

    Saya memang secara semula jadi selekeh.

    Saya jatuh cinta dengan Dini pun sebab dia cakap dia paling suka muka saya bila tak pakai makeup langsung & comot. (pelik jugak taste dia)

    Lepas kahwin, makin selekeh sebab Dini pula OCD. Kalau muka saya ada makeup, dia macam rasa muka saya kotort. So dia tak suka.

    So saya lagi sanggup tak pakai makeup sebab love language saya ialah physical touch!

    Saya tak insecure dengan suami saya kalau tak bermakeup atau bersiap, cuma kalau jumpa orang luar, segan lah! Auto rasa diri tu buruk!

    Sumber: Threads Janna Nick

    The post ‘Saya Bersiap Waktu Kerja, Di Luar Saya Selekeh & Tak Glamor’ – Janna Nick Nafi Sombong, Akui ‘Insecure’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah