29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Melayu dan Islam asas kestabilan negara, Umno tak akan kompromi – Asyraf

    Shopee Sale

    Umno menegaskan parti itu tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan mempertikai atau mencabar apa yang disifatkan sebagai asas kestabilan negara, seperti kedudukan Islam dan Melayu.

    Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu juga menyeru seluruh rakyat untuk mempertahankan prinsip Rukun Negara dan keluhuran Perlembagaan sebagai asas negara.

    "Keindukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam sifat kemajmukan Malaysia mesti terus dipelihara.

    "Umno tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh ataupun mencabar asas-asas penting yang menjadi teras kestabilan negara, terutama kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, keistimewaan Melayu-Bumiputera tanpa sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan," katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Kuala Lumpur, hari ini.

    MENARIK:  Perlekah premier S'wak: Polis rakam kenyataan Bozz Jebat

    Kata Asyraf lagi, Umno memandang serius perkembangan semasa yang melibatkan isu-isu berkaitan sensitiviti keagamaan, perkauman dan institusi Raja-raja Melayu hingga mencetuskan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

    Walaupun Asyraf tidak merujuk mana-mana isu secara khusus, baru-baru ini tercetus kontroversi membabitkan tiga penyampai radia Era FM yang didakwa menghina agama Hindu.

    Tiga penyampai berkenaan telah memohon maaf manakala pengendali Era FM, Maestra Broadcast Sdn Bhd dikenakan kompaun sebanyak RM250,000.

    Sementara, seorang pengguna Facebook bernama Vijayan Savarinathan dalam sebuah video yang dilihat menghina Islam, dipercayai sebagai reaksi terhadap kontroversi itu.

    Individu itu, yang difahamkan berada di luar negara, kemudian memuat naik satu lagi video bagi memohon maaf atas tindakan tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah