24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perlekah premier S’wak: Polis rakam kenyataan Bozz Jebat

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan telah merakam keterangan Bozz Jebat atau nama sebenarnya Zool Amali Hussin bagi membantu siasatan ke atas 45 laporan polis berkaitan dakwaan menghina Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

    Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah memohon bantuan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) untuk merakam percakapan bekas ketua Pemuda Umno Bahagian Seremban itu.

    “Unit USJT telah menggunakan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras untuk merakam percakapan Zool Amali bermula dari 1.45 tengah hari sehingga 3.40 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Bozz Jebat didakwa telah mengeluarkan kenyataan biadap dengan merendah-rendahkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerusi sebuah video berdurasi empat minit yang dimuat naik seorang individu di laman sosial, 29 Feb lepas.

    MENARIK:  Kes Zara: Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen

    Zam Halim berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Terdahulu, media melaporkan laporan polis telah dibuat Setiausaha Politik Premier Sarawak John Nyigor di Balai Polis Satok, Kuching terhadap "Bozz Jebat" yang turut didakwa mengeluarkan kenyataan di dalam video itu seolah-olah Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah