25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mangsa banjir Kedah 1,359 orang: 3 PPS baru dibuka

    Shopee Sale

    Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, menjadikan jumlah mangsa banjir di Kedah yang ditempatkan di 11 PPS meningkat kepada 1,359 orang daripada 436 keluarga berbanding 917 orang daripada 293 keluarga, malam tadi.

    Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS baru dibuka di daerah Kota Setar iaitu SK Titi Gajah yang menempatkan 145 orang daripada 46 keluarga dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas seramai 73 orang daripada 26 keluarga, manakala SMK Alor Merah menempatkan 123 orang daripada 35 keluarga.

    Di Pokok Sena, satu PPS baru dibuka di Surau Desa KEDA Derang, sekali gus menjadikan lima PPS beroperasi di daerah itu iaitu Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau Mukim Derang dan Masjid Kampung Baru Jalan Lampam yang menempatkan 734 orang daripada 231 keluarga.

    MENARIK:  Titah adendum: Anwar sedia bincang dengan pemimpin Umno

    Di Kubang Pasu, seramai 284 orang daripada 98 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu SMK Changlun, Dewan Lubuk Batu dan SK Bandar Baru Darul Aman.

    Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat 8 pagi ini, paras Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar, dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang, telah melepasi paras bahaya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah