25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong Palestin jadi anggota penuh

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung Liga Arab (AL) Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB (UNGA) baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB, lapor Xinhua.

    "Undian besar yang memihak kepada resolusi itu jelas menunjukkan kompas kehendak global dan hala tuju pendapat awam antarabangsa," Aboul-Gheit dipetik sebagai berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan pan-Arab itu yang berpangkalan di Kaherah.

    Pada Jumaat, UNGA menerima pakai resolusi yang mengisytiharkan kelayakan Palestin untuk keanggotaan penuh PBB.

    Resolusi itu diluluskan dengan 143 undi menyokong, sembilan menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel dan 25 berkecuali. Resolusi itu menyatakan bahawa "Negara Palestin...wajar diterima menjadi ahli" dan "mengesyorkan agar Majlis Keselamatan mempertimbangkan semula perkara itu dengan baik."

    Ketua AL berkenaan berkata bahawa langkah itu "mencerminkan realiti kelayakan Palestin untuk mendapatkan sebuah negara merdeka dan ia juga menghantar mesej yang betul kepada rakyat Palestin pada masa mereka terdedah kepada tragedi yang berterusan," merujuk kepada serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza yang dikepung.

    MENARIK:  Tarik rambut, tampar - Tuntut hutang RM300, dapat denda RM1,000

    Aboul-Gheit menegaskan bahawa "negara yang percaya dengan penyelesaian dua negara perlu mempercepatkan usaha untuk merealisasikan visi ini," sambil menambah bahawa "pengiktirafan negara Palestin dan keahlian penuhnya dalam PBB mewakili langkah penting ke arah usaha itu."

    Dia menekankan kepentingan meneruskan tekanan diplomatik ke atas negara yang memberikan "perlindungan politik untuk Israel" dalam PBB.

    Resolusi terbaru itu datang selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto bulan lepas dalam Majlis Keselamatan untuk menolak usaha menjadikan negara Palestin anggota penuh PBB.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah