25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tarik rambut, tampar – Tuntut hutang RM300, dapat denda RM1,000

    Shopee Sale

    Mahu tuntut hutang RM300 akhirnya dapat denda RM1,000.

    Itulah yang berlaku kepada seorang pekerja kedai snuker di Batu Pahat, Johor yang menampar dan menarik rambut seorang wanita kerana tidak membayar hutangnya.

    "Saya buat (tampar, tarik rambut) sebab dia tak bayar hutang RM300,” kata Nur Arina Aqilah Kelana, 20, kepada Majistret Suhaila Shafi'uddin kenapa dia berbuat sedemikian.

    Menurut laporan media, dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini terhadap pertuduhan mencederakan seorang wanita 22 tahun.

    Dia dituduh berbuat demikian di sebuah pusat snuker di Batu Pahat pada jam kira-kira 5.30 pagi, 4 Mei lalu.

    Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (menyebabkan kecederaan) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

    MENARIK:  Bayi dicampak dari kondo: Polis rakam keterangan dua individu

    Berdasarkan fakta kes, tertuduh juga menolak mangsa hingga jatuh dan merampas telefon bimbitnya.

    Mangsa kemudian membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Batu Pahat.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

    Dia akan dipenjarakan sebulan jika gagal membayar denda.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah