29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki ditemukan maut dalam kereta di tempat letak kenderaan

    Shopee Sale

    Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah apartment di Jalan Bukit Beruang di Melaka semalam.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.05 malam sebelum pasukan polis dan forensik digerakkan ke lokasi kejadian.

    “Siasatan awal mendapati mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemukan di tempat duduk pemandu dan pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati tidak menemukan sebarang kesan kecederaan mencurigakan.

    “Pemeriksaan lanjut turut mendapati tiada kerosakan pada kenderaan berkenaan dan hasil siasatan awal di lokasi kejadian juga mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Amirudin sedia ke persekutuan, cadang Nurul Izzah jadi MB S’gor

    Christopher berkata siasatan turut mendapati lelaki berkenaan seorang juruteknik syarikat utiliti yang berada di kawasan apartment itu bagi menjalankan pemeriksaan rutin berkaitan kerja selain sering datang ke lokasi itu untuk pemeriksaan berkala sebelum ini.

    Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut dan bezah siasat telah dijalankan pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian.

    “Hasil bezah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan penyakit aterosklerosis koronari (jantung tersumbat) dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah