27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amirudin sedia ke persekutuan, cadang Nurul Izzah jadi MB S’gor

    Shopee Sale

    Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengakui telah mencadangkan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dilantik bagi menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. 

    Amiruddin dalam program audio siar Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan baru-baru ini berkata cadangan itu pernah disuarakan kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk menerima atau sebaliknya.

     “Saya boleh katakan itu mungkin satu formula yang baik untuk letakkan Nurul Izzah supaya tidak ada persepsi ataupun stigma berkenaan dengan nepotisme dan sebagainya. 

    “Secara jujurnya, saya dah kemukakan kepada Izzah sendiri, terpulang kepadanya untuk ambil cadangan itu atau tidak,” katanya.

    MENARIK:  Umno sedia beri peluang kedua kepada bekas ahli

    Dia berkata demikian menjawab soalan Khairy mengenai sama ada terdapat kemungkinan untuk Nurul Izzah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya akan datang, sekali gus diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. 

    Dalam pada itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menyatakan kesediaannya untuk menggalas tanggungjawab di peringkat Persekutuan.

    “Kalau tanya saya adakah sudah bersedia? Ya saya sudah mempertimbangkan untuk ke Persekutuan,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah