29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ku Li: Gerak kerja jentera kempen BN tak berdepan sebarang masalah

    Shopee Sale

    Pengarah PRK DUN Nenggiri BN, Tengku Razaleigh Hamzah berpuas hati dengan gerak kerja jentera kempen mereka.

    Katanya, laporan yang diterima menunjukkan mereka tidak berdepan dengan sebarang masalah besar sepanjang kempen.

    "Ini menandakan bahawa mereka (jentera) sudah melakukan pekerjaan dengan baik malah ini memberikan harapan yang positif kepada parti.

    "Berdasarkan taklimat yang diadakan juga kita tidak berdepan dengan apa-apa permasalahan yang besar dan sebarang isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

    Tengku Razaleigh atau Ku Li berkata demikian selepas Program Perasu Berselawat di Perkarangan Pejabat Felda Perasu, Gua Musang, di Kelantan, malam tadi.

    Hadir sama Pengerusi Felda, Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim.

    Esok seramai 20,259 pengundi berdaftar akan membuat keputusan bagi menentukan wakil rakyat baru di kerusi Nenggiri.

    PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

    BN mempertaruhkan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, manakala Perikatan Nasional (PN) menawarkan Mohd Rizwadi Ismail kepada pengundi Nenggiri.

    MENARIK:  Kebakaran gas: Pekerja terjejas digalak mohon aturan kerja fleksibel - Kesuma

    Dalam pada itu Tengku Razaleigh yakin isu tempatan memberi kelebihan kepada BN di Nenggiri.

    "Semestinya banyak perkara yang timbul menyentuh isu rakyat tempatan jadi kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap soal ini.

    "Sekarang ini kita berhadapan masalah setempat, jadi fokus kita mestilah mengenai perkara yang menghimpit kehidupan rakyat tempatan terutamanya di kawasan DUN Nenggiri," katanya lagi.

    Ku Li turut menggesa pengundi di DUN Nenggiri untuk keluar dan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi esok.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah