30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beto Kusyairy Terima Pandangan Penonton Terhadap ‘Libang Libu’, Setiap Individu Ada Hak Menilai Karya

    Shopee Sale

    Pelakon Beto Kusyairy mengakui setiap penonton mempunyai hak dan pandangan tersendiri dalam menilai sesebuah karya termasuk filem terbaharunya, Libang Libu.

    Artikel Berkaitan: Filem Libang Libu Hadir Dengan Gelak Tawa, Angkat Kisah Perpaduan Masyarakat

    Artikel Berkaitan: Berani Keluar Zon Selesa, Bobby Hussaini Pertaruh ‘Libang Libu’ Untuk Buktikan Kemampuan Diri

    Beto Kusyairi respon filem ‘dikritik’

    Ketika ditemui , pemilik nama Nurkusyairy Zakuan Osman, 46, mengambil pendekatan terbuka terhadap maklum balas positif mahupun negatif penonton terhadap naskhah tersebut.

    Saya tak ada masalah kalau ada yang nak cari salah, itu hak masing-masing. Tapi pada saya, rugilah kalau kita tengok sesuatu karya semata-mata untuk cari kekurangan.

    Bagaimanapun, Beto tidak menafikan bahawa ulasan awal kemungkinan boleh mempengaruhi persepsi penonton terhadap filem tersebut.

    Bila kita datang dengan niat nak cari apa yang tak kena, kita sebenarnya dah tutup ruang untuk menikmati cerita itu.

    Mungkin kita dah baca komen yang kata filem ini sangat kelakar atau dapat rating tinggi, jadi kita datang dengan expectation yang besar.

    Bila apa yang kita tengok tak sama dengan jangkaan, kita mula fokus pada kelemahan. Memang susah nak enjoy kalau datang dengan mindset macam tu.

    Kalau kita tengok dengan hati yang lebih terbuka, nak enjoy dan hayati cerita, kita akan nampak perkara yang lebih halus.  Ada emosi dan perincian yang cuba disampaikan dalam setiap babak.

    Tambahnya lagi, Libang Libu bukan sekadar naskhah komedi, sebaliknya turut diselitkan elemen emosi dan mesej tersirat yang diharapkan mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

    Kita bukan nak bagi mesej yang berat sangat, tapi kita harap ada rasa ‘terjentik’ dalam diri penonton. Mungkin lepas tengok, dia mula sedar sesuatu tentang diri sendiri, seperti cara kita menilai orang lain.

    Itu antara rasa yang kita harap penonton boleh bawa keluar dari pawagam. Kami hanya sampaikan apa yang kami buat. Kalau penonton boleh terima, Alhamdulillah.

    Filem Libang Libu mengetengahkan penggunaan loghat Perak sebagai identiti utama, sekali gus memberikan kelainan dalam dunia perfileman komedi tempatan.

    MENARIK:  [VIDEO] Aslam Dan Misya Bersantap Bersama, Netizen Puji Mereka Sebagai Pasangan yang Cocok - Mengapa Perlu Ada Pihak Ketiga?

    Diterbitkan oleh Tangerine Films Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Bobby Husaini, filem ini mula menemui penonton di pawagam sejak 23 April lalu.

    Filem ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ozlynn Wati, Fikry Ibrahim, Sabri Yunus, Khir Rahman dan Azhan Rani serta penampilan khas Yusof Haslam, Bront Palarae serta Nadiya Nisaa.

    The post Beto Kusyairy Terima Pandangan Penonton Terhadap ‘Libang Libu’, Setiap Individu Ada Hak Menilai Karya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah