Seorang pakar diet didakwa dibunuh oleh suaminya sendiri sebelum mayatnya disembunyikan di dalam sebuah kotak kayu yang ditutup dengan tanah dan simen.
Bunuh isteri, sorok dalam simen

Mangsa iaitu Shilpa Salve, 39, merupakan seorang pemilik klinik di Surat, Gujarat ditemui maut selepas suaminya, Vishal, membuat laporan kehilangan mangsa kepada pihak polis. Suspek kemudian bertindak melarikan diri dan meninggalkan nota pengakuan.
Menurut sumber, suspek didakwa mencekik isterinya sehingga mati di rumah pusaka mereka pada 20 April selepas mangsa enggan memberikan telefon bimbitnya untuk diperiksa.
Difahamkan, bapa mangsa merasa curiga selepas gagal menghubungi anaknya dan suspek mendakwa Shilpa masih belum pulang dari hospital. Bagaimanapun, lelaki itu mengakui mencurigai jawapan menantunya sebelum menemui nota pengakuan.
Selepas beberapa tahun perkahwinan yang bahagia, berlaku perubahan dalam tingkah laku isteri saya. Hubungan kami menjadi tegang dan kami kerap bertengkar.
Kerana dah tak tahan dengan pertengkaran yang berterusan, saya telah melakukan jenayah ini. Tiada orang lain yang terlibat atau bertanggungjawab.
Saya melakukan perbuatan itu pada 20 April dan menyembunyikan mayatnya di rumah pusaka saya di Salabatpura.
Berikutan pemeriksaan yang dilakukan, mayat mangsa ditemui di bawah lapisan simen kering di tingkat satu bangunan tersebut.
Menurut siasatan awal pihak polis, suspek yang merupakan seorang penganggur itu mendakwa isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 13 dan lapan tahun.
Sumber: Indian Express
The post Pakar Diet Maut Dic*kik Suami, Mayat Disumbat Dalam Kotak Kayu & Disimen Di Rumah first appeared on OHBULAN!.





