30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AKPS gagalkan cubaan seludup ubat lebih RM7.5j di KLIA

    Shopee Sale

    Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan membawa masuk ubat-ubatan tidak berdaftar dan racun terkawal dengan nilai keseluruhan rampasan lebih RM7.7 juta dalam dua serbuan berasingan.

    Komander Pintu Masuk KLIA AKPS Mohd Safrie Zakaria berkata kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan agensi terbabit mematahkan penyeludupan barangan sensitif yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan awam, selain membuktikan keberkesanan kerjasama strategik mereka dengan agensi teras termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Katanya, kes pertama melibatkan seorang lelaki warga China yang tiba dengan sebuah pesawat dari Bangladesh di Terminal 1 KLIA yang ditahan selepas pemeriksaan ke atas bagasinya menemukan sejumlah besar ubat suntikan berlabel Tirzide.

    "Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Ahad lalu, hasil pemeriksaan ke atas bagasi mendapati lelaki terbabit membawa 3,300 unit ubat suntikan berlabel Tirzide yang disyaki tidak berdaftar, dianggarkan bernilai RM2.34 juta.

    "Produk tersebut dipercayai mengandungi Tirzepatide, iaitu bahan racun terkawal di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952," katanya pada sidang media di Sepang hari ini.

    Mohd Safrie Zakaria

    Sementara itu, kes kedua berlaku di Terminal 2 KLIA pada kira-kira jam 5.30 pagi semalam melibatkan seorang wanita warga China yang juga tiba dari Bangladesh.

    MENARIK:  Pakar geologi: Lubang benam kedua mungkin disebabkan operasi SAR

    Kata Mohd Safrie, suspek ditahan bersama 8,840 unit ubat suntikan disyaki tidak berdaftar dengan rampasan dianggarkan bernilai RM5.4 juta.

    Menurutnya ubat berjenama Tirzide dan Tirzep itu dipercayai mengandungi bahan sama, dengan nilai rampasan dianggarkan RM5.4 juta.

    Mohd Safrie memberitahu, kedua-dua kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952 serta Akta Racun 1952, melibatkan kesalahan mengimport keluaran tidak berdaftar dan racun tanpa lesen sah.

    Beliau berkata siasatan awal mendapati ubat-ubatan berkenaan dikeluarkan di Bangladesh dan kedua-dua suspek mendakwa bahan itu adalah untuk dijual di pasaran China.

    "Ubat-ubatan yang dirampas termasuk antibiotik, ubat bagi penyakit kencing manis serta produk menguruskan badan yang tular di pasaran.

    "Nilai ubat-ubatan itu dianggarkan antara RM300 hingga RM1,800 seunit bergantung kepada jenis, termasuk yang dijual dalam bentuk pen seperti insulin," katanya.

    Dia menambah, ubat-ubatan itu ditahan kerana dibawa dalam kuantiti besar dan bukannya dalam bagasi peribadi yang biasa ditemui dalam jumlah kecil.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah