29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Pernah Kena & Jauhkan Diri Dari Orang Perangai Macam Itu’ – Puteri Sarah

    Shopee Sale

    Pelakon, Puteri Sarah Liyana, menarik perhatian warganet selepas tampil memberikan kata-kata semangat terhadap luahan seorang individu berkaitan pengalaman menjadi mangsa kutukan oleh rakan sekerja di Threads.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Tegaskan Wanita Perlu Ada Ilmu, Ketahui Hak Sendiri – ‘Saya Harap Dapat Membuka Mata Yang Lain’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Banyak Mengadu Dengan Allah SWT, Doa Sebagai Penguat Diri – ‘Saya Takut Nak Cerita Dengan Orang’

    Pernah lalui situasi yang sama

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa terdengar perbualan rakan sekerja yang mengutuk dirinya di belakang, meskipun sebelum ini mereka kelihatan mesra dan bersikap baik di hadapan.

    Saya menggigil dekat tandas, sebab baru lepas nampak chat kawan satu pejabat tengah kutuk-kutuk saya.

    Sumpah tak sangka, sebab depan-depan baik dan bergelak ketawa tapi dekat belakang semua tak macam itu pun.

    Menyesal buat baik dan tolong mereka.

    Ya Allah, padahal saya tak pernah cerita buruk tentang mereka semua.

    Sumpah tak sangka, saya macam dah tak boleh nak masuk kerja sebab kena tengok muka satu-satu.

    Awak semua rasa patut kena buat apa? Berhenti kerja ke?

    Hantaran tersebut menarik perhatian Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, yang memaklumkan bahawa dia juga pernah melalui situasi yang sama sebelum ini dan memilih untuk menjauhkan diri daripada individu terbabit.

    Sabar ya awak.

    Saya pernah kena macam itu.

    Dan saya jauhkan diri dari orang itu.

    Dalam masa sama, aktres drama ‘Suri’ itu turut menitipkan nasihat agar individu berkenaan terus kuat, mengekalkan keyakinan diri serta tidak mudah berputus asa.

    Tabahkan hati, teruskan perjuangan.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Calpis Soda One In A Million Kembali Selepas 15 Tahun! Penyanyi Berpengalaman Pun Boleh Cuba Nasib, Jom Semak Lokasi Ujibakat

    The post ‘Saya Pernah Kena & Jauhkan Diri Dari Orang Perangai Macam Itu’ – Puteri Sarah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah