Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, dalam satu kenyataan, menyatakan kesediaannya untuk melangkah dalam dunia politik bersama parti UMNO.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Duit Zakat Pun Nak Sakau? Kau Punca Orang Merayu Minta Bantuan Tapi Tak Dapat’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Hairan Ramai Pakat Seru LHDN – ‘Ingat Saya Baru Buat Business Sehari Ke?’
Inginkan bimbingan
Menerusi perkongsian video di TikTok, Aliff, 38, meluahkan harapan agar Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, dapat membimbingnya menjadi individu yang mampu menyumbang ke arah memperkukuh parti itu.
Assalamualaikum, saya Datuk Seri Aliff Syukri, selaku Pemuda UMNO mewakili kawasan Sungai Buloh.
Yang saya hormati dan juga saya sanjungi iaitu Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Semoga tuan boleh membimbing saya untuk menjadi lebih hebat lagi bagi memastikan UMNO dan juga Malaysia menjadi negara yang lebih hebat, bagus dan makmur.
Semoga dengan kehadiran saya, tunjuk ajar Sifu menjadikan saya orang yang lebih hebat dan lebih baik lagi daripada sebelum ini.
Semoga jadi realiti

Dalam pada itu, Aliff turut menyeru orang ramai agar mendoakan kelancaran perjalanan politiknya.
Kepada anda di luar sana, mungkin daripada sekadar angan-angan, ia menjadi satu realiti.
Semua doakanlah saya ya.
Rasa-rasa kalau saya bertanding, kawasan manakah yang wajar?
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Semoga Asyraf Wajdi Dusuki Boleh Bimbing Saya, Mungkin Angan-Angan Jadi Realiti’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.





