Luahan seorang individu terhadap sikap kakak kandungnya mencuri perhatian apabila dia mendakwa wanita itu tidak berusaha untuk hidup berdikari meskipun sudah berkeluarga.
Artikel Berkaitan: Kael ‘Dibuang’ Keluarga Kandung Sejak Kecil, Ditinggalkan Di Hentian Bas – ‘Terpaksa Tidur Atas Kotak’
Artikel Berkaitan: Setahun Anak Hidup Berdikari, Rita Rudaini Luah Rasa Sebak – ‘Ryan Banyak Jadi Saksi Kesedihan Mommy’
Kakak tak nak cari rumah sendiri

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila kakaknya yang sudah hampir enam tahun berkahwin masih belum mempunyai inisiatif untuk mencari rumah sendiri.
Tak guna betul kakak aku. Dah nak masuk enam tahun kahwin pun masih tiada ikhtiar nak beli atau sewa rumah. Padahal setiap tahun boleh bercuti dengan suami dia.
Sekarang ini keluarga dia tiga beranak tinggal serumah dengan kami, mak dan ayah. Tapi langsung tidak membantu, malah dia sendiri tidak bekerja.
Menurut individu itu lagi, beban menjaga anak kakaknya juga sering dipikul oleh dia dan ibu mereka, sedangkan kakaknya lebih banyak menghabiskan masa bersendirian.
Anak dia pun kadang-kadang aku atau mak yang jaga. Dia pula asyik duduk dalam bilik, main media sosial dan merungut kononnya keluarga sendiri benci dia.
Tambahnya, setiap kali ibu mereka menegur agar kakaknya mencari pekerjaan atau merancang untuk tinggal sendiri, wanita itu akan merajuk dan memberi pelbagai alasan.
Setiap kali mak tegur suruh cari kerja, mesti merajuk. Bila tanya bila nak sewa rumah sendiri, dia kata tiada duit. Tapi tahun lepas boleh pula beli kereta besar.
Kalau dia terasa hati, dia akan ‘unfollow’ kami di Instagram dan keluar daripada kumpulan WhatsApp keluarga. Lepas itu mula muat naik ayat-ayat sedih seolah-olah dia yang disakiti.
Luahan tersebut sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai tanggungjawab selepas berkahwin serta kepentingan hidup berdikari tanpa membebankan keluarga.
Sumber: Threads
The post Adik Berang Dengan Sikap Kakak Kandung, Enam Tahun Kahwin Masih Tumpang Rumah Keluarga – ‘Disuruh Cari Kerja Merajuk’ first appeared on OHBULAN!.





