26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsep Madani pastikan kemajuan negara seiring pembangunan akhlak – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa gagasan Malaysia MADANI bukanlah idea baharu, sebaliknya dirumus bagi memastikan kemajuan negara seiring dengan pemerkasaan nilai kemanusiaan, keadilan dan akhlak mulia.

    Beliau berkata masyarakat kini sibuk mengejar kemajuan digital dan kecerdasan buatan (AI), namun dalam masa sama ada yang memandang rendah kaum lain, menanam kebencian serta melupakan asas kemanusiaan.

    “MADANI ini saya tegaskan, ekonomi mesti mampan untuk jangka panjang. Kamu kaya jangan tekan pekerja dengan gaji rendah. Jangan rebut kontrak untuk anak-pinak.

    “Negara tidak boleh maju kalau ikut cara lama. Kita perlukan anak-anak dengan kepintaran tinggi, jadi mereka mesti tekun belajar,” katanya pada sesi Temu Anwar sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) ke-27 di Pantai Tanjung Leman di Mersing.

    MENARIK:  Anwar ucap selamat ulang tahun perkahwinan buat cinta hati

    Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul.

    Menurut Anwar, konsep MADANI menekankan kekuatan ekonomi dan kecanggihan teknologi yang mampu mengangkat martabat manusia, bukannya meruntuhkan akhlak.

    “Kalau teknologi tinggi tetapi akhlak rendah, itu bukan kemajuan sebenar. Ada syarikat besar untung besar tetapi pekerja tidak dipedulikan. Itu sebab nilai Madani mesti diterapkan, supaya ada ihsan, keadilan dan kasih sayang,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah