25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AJL40: Makin Panas! Ryenald Gerun Tiga Finalis ‘Power Vokal’, Hazama Pilih Marsha Juara, Dayang Pula Anggap Semua Pemenang

    Shopee Sale

    Menjelang pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), persaingan antara barisan finalis dilihat semakin sengit apabila masing-masing hadir dengan kekuatan tersendiri, bukan sahaja daripada aspek lagu dan vokal, malah kreativiti persembahan.

    Biarpun membawa misi yang sama untuk memberikan persembahan terbaik, beberapa finalis AJL40 mempunyai pandangan tersendiri mengenai siapakah yang dianggap sebagai pencabar utama pada edisi kali ini.

    Artikel Berkaitan: AJL40: ‘Saya Cuma Nak Buat Persembahan Yang Menjadi Kenangan Indah’ – Dayang Nurfaizah

    Artikel Berkaitan: AJL40: Terharu Diramal ‘Vokal Terbaik’, Ryenald Guntabid Bagi ‘Hint’ Persembahan – ‘Saya Tak Nyanyi Seorang’

    Ryenald Guntabid Gerun Aina Abdul, Aisha Retno

    Bagi penyanyi baharu, Ryenald Guntabid, peluang berada di pentas berprestij itu sendiri sudah menjadi satu cabaran besar apabila perlu bersaing dengan nama-nama yang mempunyai kemampuan vokal cukup kuat.

    Malah, Ryenald tidak berselindung apabila mengakui tiga nama yang paling digeruninya ialah Aina Abdul, Aisha Retno dan Amir Masdi.

    Saya artis baharu yang menyertai anugerah berprestij ini, jadi bagi saya semua beri cabaran yang besar untuk saya.

    Saya rasa yang paling saya takut sebenarnya Kak Aina Abdul, Aisha Retno dan Amir Masdi. Saya lebih takut kepada vokal mereka yang bagi saya sangat sempurna.

    Saya harap nanti persembahan saya setaraf dengan mereka supaya AJL40 nanti nampak semua barisan finalis sangat hebat.

    View this post on Instagram

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Hazama ‘Bias’, Mahu Marsha Bergelar Juara

    Berbeza pula dengan Hazama yang melihat perebutan gelaran juara AJL40 masih terbuka kepada beberapa karya.

    Menurut Hazama, antara lagu yang dilihat mempunyai potensi untuk mencipta kejutan ialah KOI dan lagu taruhannya sendiri, Semacam Pandora

    Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai pilihan peribadinya untuk bergelar juara, penyanyi itu mengakui jawapannya mungkin sedikit berat sebelah kerana berharap Marsha Milan mampu membawa pulang trofi utama menerusi lagu Tangisan Seorang Pendosa.

    KOI boleh, ini mengenai lagu kan. Semacam Pandora pun boleh, ini doa saya. Kalau tanya saya perkara ini agak sedikit bias sebab kalau boleh saya nak Marsha juara. Sebab lagu Tangisan Seorang Pendosa pun liriknya hasil ciptaan saya.

    View this post on Instagram

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Dayang Nurfaizah: ‘Semua Finalis Adalah Juara’

    Sementara itu, penyanyi berpengalaman Dayang Nurfaizah memilih untuk tidak meletakkan mana-mana finalis sebagai pencabar utama.

    MENARIK:  Kenapa Suami Failkan Cerai Sedangkan Kuasa Talak Ada Pada Lelaki? Ini Jawapan Peguam

    Sebaliknya, Dayang percaya setiap peserta memiliki identiti dan keistimewaan tersendiri yang bakal menjadikan pentas AJL40 lebih menarik.

    Semua finalis bagi saya sangat berbakat dan istimewa dengan bakat masing-masing.

    Saya rasa mereka banyak idea persembahan yang mereka nak buat dan itulah keistimewaan AJL, dapat melihat kreativiti penyanyi, lagi-lagi young talents. Saya pasti mereka akan buat sesuatu yang luar jangkaan.

    Dayang turut memberi bayangan persembahannya pada malam AJL40 bakal menampilkan sesuatu yang jarang dilakukan dalam persembahan-persembahannya sebelum ini.

    Macam saya sendiri, saya akan buat perkara yang jarang dibuat di mana-mana persembahan. Untuk AJL akan istimewa.

    Bagi saya setiap finalis yang bertanding itu adalah juara dan kami cuma nak meraikan muzik pada malam itu. Semua dah jadi pemenang.

    View this post on Instagram

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Dengan keyakinan Ryenald terhadap kekuatan vokal pesaing, pilihan Hazama terhadap Marsha serta pendekatan Dayang yang mahu meraikan muzik, jelas setiap finalis hadir ke AJL40 dengan perspektif dan misi berbeza.

    Siapa pun yang akhirnya dinobatkan sebagai juara, persaingan kali ini dijangka menarik apabila nama-nama berpengalaman dan bakat generasi baharu berkongsi pentas dalam perebutan gelaran paling berprestij dalam arena muzik tempatan.

    Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann, jangan lupa saksikan 10 lagu terbaik berentap di pentas AJL 40 pada Sabtu, 15 Ogos ini, menerusi TV3 dan strim secara langsung di Tonton.

    The post AJL40: Makin Panas! Ryenald Gerun Tiga Finalis ‘Power Vokal’, Hazama Pilih Marsha Juara, Dayang Pula Anggap Semua Pemenang first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah