27.7 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AJL40: Terharu Diramal ‘Vokal Terbaik’, Ryenald Guntabid Bagi ‘Hint’ Persembahan – ‘Saya Tak Nyanyi Seorang’

    Shopee Sale

    Finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), Ryenald Guntabid memberi sedikit bayangan mengenai persembahannya pada malam kemuncak anugerah berprestij itu, Sabtu ini.

    Artikel Berkaitan: AJL40: Marsha Milan Syukur Suara Semakin Pulih, Hampir Menangis Ketika Sesi Latihan

    Artikel Berkaitan: AJL40: Aina Abdul Serap Aura & Roh ‘Terus Hidup’ Dalam ‘Kamu’ – ‘Saya Mahu Rasa Tenang Sahaja’

    Hint persembahan

    Ryenald, 30, berkata, dia tidak akan tampil sendirian di atas pentas, sebaliknya persembahannya bakal diserikan dengan kehadiran ramai individu.

    Hint untuk persembahan, saya tidak akan menyanyi sendiri dan lebih daripada orang luar bayangkan. Saya sendiri terkejut dengan persembahan saya yang ada ‘keramaian’ orang-orang nanti.

    Ryenald berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan AJL40 yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, pada Khamis.

    Mengulas mengenai peluangnya membawa pulang trofi Vokal Terbaik menerusi lagu Lumangad Oku Dika, Ryenald mengakui terharu apabila ada peminat yang meramalkan dirinya bakal memenangi kategori tersebut.

    Saya jarang bermain media sosial, saya sangat berbangga apabila ada netizen yang ramalkan saya menang kategori Vokal Terbaik.

    Apa pun berserah kepada rezeki, jika itu rezeki saya, terima dengan tangan terbuka. Bagaimanapun, menang bukan tujuan utama saya. Tujuan saya mahu menyampaikan lagu itu sampai ke hati rakyat Malaysia.

    Persiapan semua berjalan dengan lancar, sekarang ini saya perlu menjaga kesihatan dan kesihatan mental.

    AJL40 bakal bersiaran secara langsung dari Unifi Arena, Bukit Jalil, pada Sabtu ini dan dipancarkan terus menerusi TV3 bermula jam 9 malam.

    MENARIK:  Borong Barang Murah Gila! TikTok Shop 10.10 Super Sale Ada Free Shipping + Vouchers RM500 Tau!

    The post AJL40: Terharu Diramal ‘Vokal Terbaik’, Ryenald Guntabid Bagi ‘Hint’ Persembahan – ‘Saya Tak Nyanyi Seorang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah