26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki tular rompak, cederakan wanita dihadapkan ke mahkamah

    Shopee Sale

    Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini atas pertuduhan merompak dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita, minggu lepas.

    Lee Koon Yew, 49, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Fatin Fazira Ahmad Fauzi, 26, di sebuah rumah di Taman Batu Gajah Perdana pada 11.40 pagi 8 Ogos mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya M. Raveena menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

    “Ketika kejadian, mangsa sedang mendukung bayinya berusia dua bulan dan kecederaan itu menyebabkan mangsa dirawat di hospital,” katanya.

    Peguam Dhirren Amaresha yang mewakili Lee merayu jaminan minimum kerana anak guamnya bapa tunggal kepada dua anak dan menghidap darah tinggi.

    MENARIK:  Dua sungai utama di Kelantan lepasi tahap waspada

    Hakim Norhayati Mohamad Yunus menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan lelaki itu melapor diri di balai polis setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai.

    Mahkamah menetapkan 23 Sept untuk sebutan semula kes.

    Pada 8 Ogos, video berdurasi 53 saat tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki melarikan diri dengan motosikal dipercayai ketika cuba merompak sebuah rumah sambil dirakam oleh mangsa.

    Sehari selepas itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Md Noor Aehawan Mohammad memaklumkan penahanan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun dan mendatangkan kecederaan di Taman Batu Gajah Perdana.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah