27.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syanie Enggan Kurus Lagi, Selesa Dengan Identiti ‘Chubby’ – ‘Tak Ada Kencing Manis, Darah Tinggi..Saya Happy’

    Shopee Sale

    Pelakon Syanie mendedahkan dia pernah menjalani pembedahan bariatrik pada 2009 selepas berat badannya mencecah 220 kilogram.

    Artikel Berkaitan: Syanie Buat Pembedahan ‘Gastric Bypass’ Bukan Untuk Kurus, Tapi Demi Kesihatan – ‘Waktu Itu Berat Saya 220KG’ 

    Artikel Berkaitan: ‘Ada Satu Atau Dua Tawaran Dalam Tempoh Setahun’ – Syanie Dakwa Kurang Dapat ‘Job’ Sejak Berhijab

    Syanie pernah buat bariatrik

    Ketika ditemui , pemilik nama Syaniza Hisham, 52, berkata, prosedur tersebut dilakukan bukanlah untuk kelihatan cantik semata-mata sebaliknya atas faktor kesihatan.

    Pada tahun 2009 memang saya dah buat bariatrik. Masa tu berat saya 220 kilogram dan sekarang 120 hingga 130 kilogram. Jadi, saya dah turun satu manusia dah.

    Bagi saya, saya buat bariatrik pun sebab saya nak sihat, bukan sebab saya nak cantik atau kurus. 

    Tambah pelakon filem Zim Zim Ala Kazim itu lagi, bentuk badannya juga sudah menjadi sebahagian daripada identiti dirinya sejak mula menceburi bidang lakonan.

    Daripada mula saya masuk dalam industri memang badan saya macam ini. Orang ambil saya berlakon pun sebab badan saya macam ini.

    Artis kurus ramai, silakan ambil artis kurus. Saya yang chubby ni biarlah saya maintain chubby, janji saya tak ada darah tinggi, saya tak ada kencing manis, saya tak ada sakit jantung, I’m happy. Paling-paling pun sakit lutut je.

    Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya kini, Syanie meluahkan rasa syukur apabila pemeriksaan terbaharu menunjukkan perkembangan yang positif.

    Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Baru-baru ini saya pergi check-up dengan doktor dan doktor pun gembira.

    Saya dah berhenti makan ubat. Sebelum ini ada ambil ubat darah tinggi, tapi doktor dah hentikan. Gula dalam darah pun dah okay, alhamdulillah.

    Sementara itu, Syanie berkata dia tidak terfikir untuk mencuba suntikan membantu menurunkan berat badan, malah mengakui selesa dengan keadaan dirinya yang sekarang.

    MENARIK:  [VIDEO] Eyka Farhana Pakai Selempang ‘Bride To Be’, Bakal Kahwin Dengan Akhyar Tak Lama Lagi?

    The post Syanie Enggan Kurus Lagi, Selesa Dengan Identiti ‘Chubby’ – ‘Tak Ada Kencing Manis, Darah Tinggi..Saya Happy’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah