25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #TipsXTRA: ‘Memang Susah, Sabar Itu Kunci Segala Perkara’ – Kamal Adli Kongsi Realiti Jadi Bapa Tunggal

    Shopee Sale

    Menjalani kehidupan selepas berakhirnya sebuah perkahwinan bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila seseorang masih perlu memikul tanggungjawab sebagai ibu atau bapa kepada anak.

    Artikel berkaitan: POV XTRA: Kamal Adli Belajar Minta Maaf Kepada Diri Sendiri, Akui Mental & Tubuh Dah Penat – ‘Saya Seorang Yang Gagal Sebagai Manusia, Ketua…’

    Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Tak Tahu Kamal Adli Titip Ucapan Hari Lahir – ‘Atas Ingatan Dia Pada Saya, Itu Sahaja’

    Sabar Adalah Kunci Segalanya

    #TipsXTRA merupakan segmen yang mengetengahkan perkongsian, nasihat serta pandangan selebriti mengenai kehidupan, kerjaya, hubungan dan pembangunan diri yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.

    Menerusi segmen #TipsXTRA minggu ini, pelakon dan pengacara, Kamal Adli berkongsi pandangannya mengenai cabaran menjalani kehidupan sebagai seorang bapa tunggal.

    Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli mengakui dirinya masih terlalu baharu melalui fasa tersebut untuk memberikan nasihat kepada orang lain.

    Namun, berdasarkan apa yang dilaluinya setakat ini, Kamal percaya sabar menjadi antara perkara paling penting, khususnya ketika berhadapan konflik atau perbezaan dengan bekas pasangan.

    Nasihat tak layak lagi sebenarnya sebab saya baru beberapa bulan jadi bapa tunggal. Tapi apa yang saya boleh katakan, kunci dia adalah banyakkan bersabar.

    Jangan Buka Aib Bekas Pasangan

    Dalam masa sama, Kamal mengingatkan ibu atau bapa yang sudah berpisah supaya sedaya upaya tidak membawa masalah peribadi ke ruang terbuka, lebih-lebih lagi sehingga membuka aib bekas pasangan.

    Menurutnya, tindakan yang dilakukan ketika sedang marah mungkin meninggalkan kesan jauh lebih panjang kerana segala yang dikongsikan di media sosial boleh dilihat semula oleh anak apabila mereka meningkat dewasa.

    Kita cuba sedaya upaya untuk tidak buka masalah peribadi kepada orang lain, jangan buka aib pasangan. Sebab satu hari nanti anak kita akan besar. Dia akan tengok dan baca semua perkara yang berlaku, terutamanya di media sosial.

    Kalau Bekas Pasangan Tak Matang, Kita Belajar Jadi Matang

    Kamal turut berpendapat seseorang tidak semestinya perlu membalas setiap tindakan bekas pasangan dengan cara yang sama.

    MENARIK:  VIDEO: Angeline Tan Berkongsi Kehidupan Bersama Sabri Yunus - 'Rasa Lengkap, Kehidupan Lebih Stabil & Sempurna'

    Sebaliknya, sekiranya berlaku situasi yang menguji emosi, seseorang itu perlu cuba mengawal diri dan memilih untuk bersikap lebih matang.

    Kalau bekas pasangan tak boleh jadi matang, kita sendiri cuba belajar jadi matang. Macam saya kata tadi, sabar itu adalah kunci dalam segala perkara.

    Bagaimanapun, Kamal tidak menafikan perkara tersebut lebih mudah diperkatakan berbanding dilakukan.

    Sebagai manusia biasa, aktor berkenaan mengakui ada masanya dia juga gagal mengawal emosi dan melepaskan kemarahan.

    Memang susah. Kadang-kala saya sendiri pun ada melepaskan rasa marah, tapi sebagai manusia dan seorang lelaki kita perlu bersabar. Insya-Allah akan ada perkara baik berlaku nanti.

    Bila Jadi Bapa Tunggal, Fokus Utama Adalah Anak

    Lebih penting, Kamal berpandangan apabila sesebuah perkahwinan berakhir, anak tidak sepatutnya menjadi mangsa kepada konflik antara ibu dan bapa.

    Baginya, tanggungjawab sebagai seorang bapa masih perlu diteruskan dan anak harus menjadi keutamaan, termasuk dalam soal kasih sayang, penjagaan serta contoh yang ditunjukkan kepada mereka.

    Kita juga perlu menjadi contoh yang baik untuk anak terutama dari segi kasih sayang dan cara kita menjaga anak. Fokus utama apabila bergelar bapa tunggal mesti pada anak.

    View this post on Instagram

    A post shared by K.A (@kamaladli)

    Untuk rekod, Kamal dan pelakon Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari 2026 selepas mendirikan rumah tangga pada November 2021.

    Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

    Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, kedua-duanya dilihat terus memainkan peranan sebagai ibu dan bapa dalam membesarkan anak mereka.

    Pada Julai lalu, Kamal turut berkongsi momen meluangkan masa bersama Hawra dan menyampaikan penghargaan kepada bekas isterinya kerana memberikan ruang untuknya bersama anak mereka.

    The post #TipsXTRA: ‘Memang Susah, Sabar Itu Kunci Segala Perkara’ – Kamal Adli Kongsi Realiti Jadi Bapa Tunggal first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah