Pelakon, Irfan Zaini menghargai komen positif mengenai kariernya yang semakin menyerlah sehingga membuatkannya kembali mengenang perjalanan yang dilaluinya sehingga ke tahap sekarang.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sanggup Buka Butang Baju Sendiri, Daripada Buka Tudung Dalam Babak Itu’ – Irfan Zaini
Artikel Berkaitan: ‘Mak Tak Berapa Suka Saya Berlakon, Tak Kisah Watak Baik Atau Jahat’ – Irfan Zaini
Rezeki
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Irfan mendedahkan pernah melalui fasa gelap dalam hidupnya apabila tidak menerima sebarang tawaran dalam tempoh yang agak lama.
Irfan mengakui pernah mempersoalkan berkaitan rezeki susulan daripada apa yang dilaluinya.
Ada masa, saya pernah duduk di rumah hampir setahun. Pergi uji bakat tapi ditolak berkali-kali.
Ada masa saya sendiri tertanya, bila agaknya rezeki saya akan sampai.
Bagaimanapun, segala penat lelahnya terbalas apabila menerima komen yang menyatakan layar perak kini seakan-akan dipenuhi dengan wajahnya.
Kata Irfan, komen itu membuatkan dirinya bermuhasabah apabila menyedari bahawa dia terlalu mengejar impian di hadapan sehingga terlupa untuk menghargai perjalanan yang telah dilaluinya hingga sampai ke tahap ini.
Hari ini, saya terbaca satu komen kat bawah ni. Komen itu buat saya berhenti sekejap dan pandang semula perjalanan saya.
Selama ini terlalu sibuk mengejar ke depan, sampai terlupa sejauh mana saya sudah berjalan. Terima kasih.
Irfan berkata dia menghargai setiap sokongan yang diberikan dan berjanji akan terus memberikan yang terbaik dalam setiap karya yang dihasilkan.
Sumber: Threads
The post ‘Dalam 3 Bulan, 4 Kali Muka Keluar Wayang’ – Karier Semakin Menyerlah, Irfan Zaini Hargai Komen Positif first appeared on OHBULAN!.





