27.7 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dadah: Bukit Aman selesai soal siasat juruterbang – peguam

    Shopee Sale

    Pegawai Bukit Aman selesai merakam keterangan seorang juruterbang Malaysia yang ditahan di Jakarta kerana disyaki mengedar dadah, menurut peguamnya Ahmad Rizky Martua Lubis.

    Martua Lubis berkata pegawai berkenaan menemui anak guamnya pada Rabu di Badan Siasatan Jenayah Polis Indonesia.

    “Soal siasat itu dijadualkan berlangsung pada Rabu dan Khamis, tetapi ia hanya mengambil masa sehari penuh manakala hari ini (Khamis) merupakan proses penyediaan laporan,” kata Martua Lubis kepada Malaysiakini semalam.

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mengesahkan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dibenarkan menemu bual suspek berusia 39 tahun tersebut.

    Juruterbang itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada 28 Julai selepas pihak berkuasa Indonesia menemukan lebih 26kg dadah di dalam bagasinya sebaik tiba dari Kuala Lumpur.

    Polis Indonesia berkata dadah yang dirampas termasuk lebih 70,000 pil ekstasi dan methamphetamine.

    Mereka turut mendakwa juruterbang itu dijanjikan bayaran RM50,000 untuk membawa dadah berkenaan.

    Sementara itu, Martua Lubis berkata ahli keluarga suspek telah menemuinya beberapa kali pada minggu lalu sebelum kembali ke Kuala Lumpur.

    Tahanan lanjutan 4 bulan

    “Alhamdulillah, dia (juruterbang itu) sihat. Dia makan dan tidur dengan baik.

    “Polis Indonesia memberikan akses penuh kepada ahli keluarga untuk menemuinya,” kata Martua Lubis yang memaklumkan bahawa keluarga suspek meminta privasi apabila ditanya mengenai butiran lanjut.

    MENARIK:  Wanita ditahan minum secara terbuka semasa siaran langsung Tiktok

    “Juruterbang itu dibawa keluar dari tahanan untuk bertemu keluarganya. Mereka berbual dan meluahkan perasaan masing-masing,” katanya.

    Martua Lubis turut mengesahkan suspek kini dikenakan tahanan lanjutan sehingga empat bulan, seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang narkotik Indonesia.

    Di Indonesia, perkara itu tertakluk kepada Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 mengenai narkotik, yang dibaca bersama Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023 mengenai Kanun Jenayah Indonesia.

    Dia berkata pasukan pembelaan suspek, yang terdiri daripada enam peguam termasuk dirinya, merancang untuk mengadakan sidang media di Jakarta pada minggu depan berhubung siasatan yang sedang berlangsung.

    “Kami komited untuk mewakili seorang warganegara Malaysia.

    “Indonesia menjunjung hak asasi manusia dan menurut undang-undang kami, semua suspek bagi kesalahan yang membawa hukuman penjara melebihi lima tahun mesti diberikan khidmat perwakilan undang-undang,” tegas Martua Lubis.

    Sejak penahanan itu, polis Malaysia menyiasat bagaimana bagasi berkenaan melepasi pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta kemungkinan wujud kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

    Malaysia Aviation Group turut memperkenalkan langkah saringan dadah tambahan terhadap juruterbang Malaysia Airlines susulan penahanan tersebut.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah