27.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda PKR yakin Anwar kekal PM penggal kedua

    Shopee Sale

    Naib Ketua Pemuda PKR (AMK) Taufiq Johari tetap berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan memperoleh penggal kedua meskipun parti itu berulang kali tewas dalam pilihan raya kebelakangan ini dan Pakatan Harapan diramal mencatat keputusan buruk.

    Menteri belia dan sukan itu berkata tidak ada parti di Malaysia yang “semaju” PKR, sambil menyifatkan parti berkenaan sebagai lambang masa depan negara.

    “Parti ini menjanjikan satu kehebatan yang cemerlang untuk negara kita dan telah pun dibuktikan oleh presiden kita, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim menakhodai kerajaan pada hari ini dengan cemerlang, dengan gemilang, dengan hebat.

    “Insya-Allah, kita terus kekalkan kecemerlangan tersebut. Presiden parti PKR akan kekal memerintah, akan kekal menjadi perdana menteri untuk penggal kedua, insya-Allah,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka petang ini.

    Analisis Malaysiakini mengenai pilihan raya Negeri Sembilan baru-baru ini mendapati BN dan PN berjaya menggabungkan sokongan pengundi Melayu untuk memenangi 25 kerusi, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga di negeri itu manakala PH sekadar meraih 11 kerusi.

    Gabungan peratusan keluar mengundi yang rendah dalam kalangan pengundi Cina untuk PH dan peralihan sokongan pengundi India kepada BN turut memberi isyarat bahaya kepada gabungan itu, yang mungkin terus kehilangan undi penyokong kecewa susulan persepsi ia telah meninggalkan cita-cita reformasi.

    Dalam senario sedemikian, PH juga dijangka kehilangan banyak kerusi di peringkat Parlimen serta di negeri seperti Melaka, Perak, Kedah, Pahang dan juga Pulau Pinang.

    Prestasi buruk di Negeri Sembilan — yang menyaksikan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan bekas menteri besar negeri Aminuddin Harun kalah dalam pertandingan masing-masing — menyusuli keputusan sama mengecewakan di Johor dan Sabah.

    Sementara itu, seorang lagi Naib Ketua Pemuda PKR, Nabil Halimi menggesa parti berkenaan supaya tidak bergantung pada nostalgia gerakan Reformasi 1998.

    MENARIK:  Zahid cadang 'kerjasama agung' parti Melayu-Islam tanpa gugat Madani

    Sambil menyeru parti itu supaya tidak “memperindah” realiti semasa, dia mempersoalkan sama ada PKR benar-benar memahami denyut nadi pengundi di lapangan.

    “Akhirnya, kepemimpinan itu dinilai melalui keberanian kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat, dan kita kena pastikan kita hadir bantu mereka setiap hari,” katanya.

    Nabil mengibaratkan PKR sebagai kapal yang sedang karam dan berkata parti itu perlu melakukan lebih daripada sekadar pembaikan di permukaan, sebaliknya menangani masalah yang mendasarinya.

    Mengulangi kenyataan Ketua Pemuda PKR Kamil Munim malam tadi mengenai nilai yang boleh dipelajari daripada kekalahan pilihan raya, Nabil mengingatkan bahawa parti itu lahir daripada “derita di jalanan”.

    Katanya, PKR telah melalui kitaran jatuh dan bangun, sambil menegaskan kekalahan tidak bermakna parti itu sudah mati.

    “Keadilan hanya akan mati apabila kita berhenti mendengar rakyat dan menyangka nostalgia reformasi sahaja sudah cukup untuk membuat rakyat terus bersama kita,” katanya.

    Di Johor, PKR kehilangan deposit di empat kerusi manakala di Sabah parti itu hanya memenangi satu daripada 12 kerusi yang ditandinginya.

    Selain kemerosotan prestasi pilihan raya, PKR turut berdepan pergolakan dalaman susulan peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai menteri ekonomi selepas dia kalah dalam pertandingan jawatan timbalan presiden kepada Nurul Izzah Anwar.

    Dia kemudiannya meninggalkan parti untuk menerajui Bersama bersama seorang lagi bekas pemimpin PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Rasa tidak puas hati turut semakin memuncak dalam rakan gabungan kerajaan persekutuan apabila hubungan antara BN dan PH menjadi semakin tegang selepas BN memutuskan untuk bertanding menentang PH dalam pilihan raya Johor dan Negeri Sembilan.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah