26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-kanak lima tahun maut tertinggal dalam van sekolah

    Shopee Sale

    Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam van sekolah dinaikinya hampir lima jam, semalam.

    Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaan terbabit kira-kira 12 tengah hari.

    “Mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah, di sini disyaki tertinggal ketika pemandu van itu menurunkan murid di hadapan sekolah kira-kira 7.30 pagi, pada hari sama.

    “Mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk bezah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  51,065 orang maut serangan Israel di Gaza

    Beliau berkata susulan itu, polis menahan pemandu van sekolah terbabit iaitu lelaki berusia 56 tahun, kira-kira 2.40 petang di kawasan Taman Bukit Indah, untuk membantu siasatan kematian mangsa.

    Kumarasan berkata lelaki itu yang tidak mempunyai rekod lampau dan negatif terhadap dadah kini direman hingga 7 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah