28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aazief Khalid Dedah Siti Nurhaliza Tak Pernah Tolak Permintaan Peminat – ‘Makanan Dah Dekat Atas Sudu Pun Orang Boleh Datang Minta Bergambar’

    Shopee Sale

    Anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, iaitu Aazief Khalid mendedahkan ibu tirinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar atau berbual.

    Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Dedah Siti Nurhaliza Kerap ‘Shopping Online’ – ‘Setiap Hari Ada Benda Baru, Dia Akan Hulurkan Kepada Mangsa Terdekat’

    Artikel Berkaitan: Individu Pesan Jangan Normalisasi Berbuka Dengan Keluarga Kekasih, Aazief Khalid Kongsi Pengalaman – ‘Ramadan Masa Sesuai Rapatkan Silaturahim’

    Tak pernah kata tidak

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Aazief berkata dia tidak pernah melihat penyanyi berusia 47 tahun itu menolak apa-apa permintaan yang diutarakan oleh peminat.

    Saya belum pernah nampak Mak Iti (nama panggilan Siti Nurhaliza) menolak untuk bergambar atau berbual dengan peminat yang datang menegur.

    Tapi di satu sudut lain, saya faham kenapa itu boleh jadi sangat memenatkan.

    Kadang-kadang tengah makan, bila makanan dah dekat atas sudu dan nak makan pun orang boleh datang minta bergambar.

    Aazief berkongsi perkara itu selepas seorang individu berpendapat bahawa selebriti sekurang-kurangnya perlu melemparkan senyuman apabila berada di tempat awam dan bertemu orang ramai.

    MENARIK:  Jovian Minta Maaf Tak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Isteri

    Mengulas lebih lanjut, Aazief berkata walaupun Siti Nurhaliza sentiasa nampak tenang, ramai tak nampak yang kehidupan peribadinya sentiasa menjadi tumpuan.

    Dengan sikap dia yang begitu, memang tak pernah kata tidak tapi ramai tak sedar bagaimana status “selebriti” itu perlahan-lahan menyelinap masuk sampai ke ruang paling kecil dalam kehidupan seharian.

    Kebanyakan orang mungkin dah hilang kewarasan kalau berada di tempat dia.

    Sumber: Threads

    The post Aazief Khalid Dedah Siti Nurhaliza Tak Pernah Tolak Permintaan Peminat – ‘Makanan Dah Dekat Atas Sudu Pun Orang Boleh Datang Minta Bergambar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah