31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Natasha Hudson Selamat Timang Cahaya Mata Kelima – ‘Baby Boy Pertama Dalam Keluarga’

    Shopee Sale

    Pelakon Natasha Hudson berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata kelimanya pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: Natasha Hudson Tanggal Semula Tudung? Didakwa Padam Semua Foto Berhijab Di IG

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Natasha Hudson Kongsi Kehidupan Di Kampung, Netizen Teruja – ‘Lembut Cakap Utara’ 

    Selamat timang bayi lelaki

    View this post on Instagram

    A post shared by the ginger vessel (@natashahudsonofficial)

    Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Natasha Liana Mohd Redzuan, 44, meluahkan rasa syukur atas kehadiran bayi lelakinya itu.

    Alhamdulillah… syukur sangat. Pukul 1:15 petang tadi, akhirnya kami selamat sambut ‘hero’ pertama dalam keluarga. Baby boy kami lahir dengan berat 3.2kg.

    Menurut Natasha, kehadiran bayinya itu merupakan satu hadiah istimewa buat dirinya dan keluarga kerana ia merupakan anak lelaki pertama selepas dikurniakan empat orang cahaya mata perempuan sebelum ini.

    Rasa bermakna sangat kehadiran dia kali ni, maklumlah selepas dah ada empat orang puteri sebelum ni, kali ni rezeki dapat merasa anak lelaki pula.

    Proses bersalin tadi pun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, tenang dan sangat mudah. Hati saya betul-betul rasa lapang dan penuh dengan rasa syukur. Memang satu anugerah yang tak ternilai buat kami sekeluarga.

    Dalam masa yang sama, Natasha turut merakamkan penghargaan kepada doktor keluarganya, yang sentiasa memberikan sokongan dan khidmat terbaik sepanjang tempoh kehamilan sehingga saat kelahiran.

    MENARIK:  Aina Abdul Nafi ‘Bersara’ Bertanding AJL, Hanya Akan Hantar Karya Berkualiti – ‘Masih Terlalu Awal Untuk Berhenti’

    Untuk rekod, Natasha dan Jay Jasmin sah bergelar suami isteri pada 28 Mac 2022 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Kaia.

    
Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki tiga anak perempuan iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.

    Sumber: Instagram Natasha Hudson

    The post Natasha Hudson Selamat Timang Cahaya Mata Kelima – ‘Baby Boy Pertama Dalam Keluarga’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah