28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM kenal pasti 40 saksi kes penyelewengan dana NGO di Selangor

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti 40 saksi berkaitan siasatan kes penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata setakat ini daripada tiga tangkapan dilakukan dua direman, dan 11 saksi dirakam keterangan bagi siasatan kes berkenaan.

    "SPRM menyita aset tak alih dianggarkan bernilai RM27 juta melibatkan empat bidang tanah, tujuh unit rumah, tiga premis pejabat, 18 kereta dan barangan kemas. Selain itu, 33 akaun bank dibekukan dengan jumlah anggaran RM150 juta," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan Masjid Kariah Kampung Terentang, Padang Lebar di sini bersempena dengan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).

    SPRM sebelum ini mengesahkan kes berkenaan melibatkan penyelewengan kira-kira RM230 juta daripada sumbangan orang awam dan bukan dana zakat.

    Azam berkata siasatan mendapati NGO itu menerima dana daripada pelbagai sumber termasuk komisen daripada kutipan tertentu untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

    Dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an, termasuk seorang timbalan pengerusi NGO, direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

    Sementara itu, Azam berkata pihaknya akan memanggil 14 hingga 15 saksi bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana NGO milik seorang pendakwah bebas di Negeri Sembilan.

    MENARIK:  Hezbollah serang tentera Israel dekat sempada di selatan Lubnan

    SPRM Negeri Sembilan menahan seorang pendakwah bebas yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana sebuah NGO berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.

    Lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan reman selama lima hari hingga esok.

    "Bagi kedua-dua kes ini mungkin akan berlaku sedikit kelewatan kerana kita perlukan masa untuk dapatkan dokumen bank bagi di Selangor bagi tahun 2018-2022, kalau 2023 hingga 2025 berdasarkan pengalaman saya ia mudah diperoleh,” katanya.

    Azam juga memaklumkan bahawa proses siasatan kedua-dua kes terbabit kemungkinan akan mengambil sedikit masa kerana SPRM perlu mendapatkan maklumat daripada institusi bank.

    "Kedua-dua kes ini, selain daripada kita membuka kertas siasatan untuk melihat kesalahan di bawah Seksyen 23, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, kita juga melihat pada kesalahan di bawah Seksyen 403 (Kanun Keseksaan), iaitu secara jenayah menggunakan harta secara curang.

    "Kita juga melihat kesalahan pecah amanah dan telah membuka fail kesalahan pengubahan wang haram bagi kedua-dua kes," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah