Pelakon jelita Anzalna Nasir tampil bersuara susulan isu hangat yang tular di media sosial membabitkan dakwaan sikap sombong dalam kalangan personaliti selebriti tertentu.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Sebak Terima Komen Positif Dari Guru Kelas, Eidress Disifatkan Pelajar Fokus – ‘Hanya Ibu Bapa Saja Yang Faham’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Suka Jadi Ibu & Akan Terus Manjakan Anak-Anak Selagi Mampu’ – Anzalna Nasir
Sombong

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir, 38, berpendapat tiada keperluan bagi mana-mana individu untuk bersikap sombong.
Tambah Anzalna, memiliki kelebihan seperti kekayaan atau kecantikan bukan tiket untuk mendabik dada.
Sejak kebelakangan ini, asyik terbaca tentang artis sombong tapi bukan artis saja. Sesiapa saja boleh jadi sebegitu.
Kadang terfikir juga, apa sebab nak jadi sombong?
Kalau rasa diri itu kaya, akan sentiasa ada yang lebih kaya.
Selain itu, Anzalna akui tidak boleh bertoleransi dengan individu yang bersikap sombong malah akan membalas layanan tersebut dengan cara yang sama.
Kalau rasa diri itu cantik, ada yang lebih cantik. Kalau rasa diri itu pandai, ada yang lebih pandai.
Tapi kalau orang sombong dengan saya walaupun dah 10 kali jumpa, saya akan sombong juga.
Imbas kembali, aplikasi Threads menjadi platform netizen berkongsi pengalaman bertemu selebriti yang disifatkan sombong.
Berdasarkan pemerhatian , kebanyakan kisah yang dikongsikan merupakan pengalaman negatif yang menyifatkan selebriti tersebut bersikap sombong dan tidak peramah seperti yang digambarkan di media sosial.
Sumber: Threads @anzalnanasir88
The post Anzalna Nasir Akui Tiada Keperluan Untuk Sombong – ‘Kalau Rasa Kaya, Ada Yang Lebih Kaya’ first appeared on OHBULAN!.





