28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah Tinggi tolak saman bapa terhaap UUM kes kematian anak

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini menolak saman kecuaian berjumlah lebih RM3 juta yang difailkan seorang bapa terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung kematian anaknya yang didakwa akibat renjatan elektrik di asrama pelajar universiti itu, empat tahun lepas.

    Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee dalam penghakimannya berkata plaintif R. Sivakumar, 57, telah gagal membuktikan bahawa renjatan elektrik adalah punca yang menyebabkan kematian anaknya S. Vinosiny, 21.

    Beliau berkata berdasarkan keterangan, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah menjalankan ujian menyeluruh terhadap sistem elektrik, dan merumuskan bahawa perananti (elektrik) di kolej kediaman mangsa berfungsi dan beroperasi dengan baik, selain tiada petunjuk fizikal mengenai kerosakan peralatan elektrik.

    "Plaintif telah gagal membuktikan kaitan penyebab (causation) dan pelanggaran kewajipan (duty of care) oleh defendan. Oleh itu tuntutan plaintif ditolak dengan kos," katanya dan memerintahkan Sivakumar membayar kos RM5,000 kepada UUM.

    MENARIK:  Demo antirasuah Sabah: Tiga mahasiswa bebas dengan jaminan polis

    Pada 28 Feb 2022, Sivakumar memfailkan saman kecuaian terhadap UUM dengan menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan masing-masing RM1 juta dan ganti rugi khas RM50,000.

    Plaintif diwakili peguam M. Manoharan dan M. Hariharan, manakala UUM diwakili peguam P. Barvina dan Y. Sathisharajah.

    Manoharan ketika ditemui pemberita selepas prosiding memberitahu pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu secepat mungkin.

    Dalam kejadian pada 21 Mei 2022, Vinosiny yang juga pelajar tahun dua Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) UUM ditemukan mati di dalam bilik asramanya, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah