28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    51,065 orang maut serangan Israel di Gaza

    Shopee Sale

    Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh manakala 73 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan berterusan rejim Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (Wafa) yang memetik sumber perubatan semalam.

    Menurut laporan itu, jumlah korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 51,065 orang, manakala 116,505 lagi dilaporkan cedera. Kebanyakan mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak.

    Pasukan kecemasan masih tidak dapat mengakses ramai mangsa yang terperanangkap di bawah runtuhan atau terbiar di atas jalan raya di wilayah yang dilanda peranang, berikutan serangan berterusan tentera pendudukan Israel terhadap anggota pasukan ambulans dan pasukan pertahanan awam, menurut sumber sama.

    MENARIK:  Kes Jana Wibawa: Muhyiddin mohon semak keputusan batal pembebasan

    Serangan genosid Israel berterusan tanpa halangan meskipun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru kepada gencatan senjata segera, dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengeluarkan arahan bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai serta meredakan krisis kemanusiaan yang semakin parah di Gaza.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah