28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dari Minyak Sawit Ke Tangki Kenderaan, Apa Yang Ramai Tak Tahu Tentang Biodiesel? 

    Shopee Sale

    Korang perasan tak, kebelakangan ni isu kelestarian dan ‘tenaga hijau’ makin kerap dibincangkan ramai?

    Kalau dulu kita rasa macam jauh sangat benda ni dengan hidup kita, tapi sebenarnya ia lebih dekat daripada yang kita sangka.

    Kalau korang perasan, sekarang ni makin ramai bercakap pasal kelestarian, tenaga hijau dan masa depan yang lebih ‘clean’. Dulu topik macam ni rasa jauh je dari hidup kita, tapi sebenarnya benda ni dah pun ada dalam rutin harian kita.

    Ya, termasuklah bila korang isi minyak dekat stesen minyak tu.

    Selama ini, kita banyak bergantung kepada bahan api fosil seperti petrol atau diesel bila isi minyak. Tapi persoalannya, apa alternatif kita? 

    Di sinilah biodiesel memainkan peranan. Bukan sekadar pilihan lain, tetapi alternatif yang boleh melengkapkan penggunaan diesel sedia ada. Lebih menarik lagi, Malaysia memang ada sumber tempatan utama untuk menyokongnya, iaitu minyak sawit. 

    Jadi bila kita bercakap tentang biodiesel, ini bukan sekadar isu automotif. Ia tentang bagaimana Malaysia boleh menggerakkan keseluruhan operasinya dengan cara yang lebih lestari. Bukan calang-calang, teknologi ni guna sumber tempatan kita sendiri iaitu minyak sawit!

    Apa sebenarnya Biodiesel?

    Secara ringkas, Biodiesel ialah bahan api boleh diperbaharui yang dihasilkan daripada minyak sayuran, lemak haiwan atau minyak masak terpakai yang dikitar semula. Dalam konteks Malaysia, istilah B100 merujuk kepada biodiesel tulen tanpa sebarang campuran diesel petroleum.

    Apa yang ramai tak tahu, biodiesel ni bukanlah minyak dapur yang terus tuang masuk tangki. Ia melalui proses industri yang sangat ketat untuk memastikan kualiti dan keselamatan enjin terjamin.

    Kalau korang pernah nampak label B10 atau B20 di pam minyak, itu sebenarnya campuran biodiesel dengan diesel biasa. Lagi tinggi nombor, lagi tinggi peratus kandungan biodiesel.

    Dan sekarang, kita dah mula bercakap tentang B100 iaitu 100% biodiesel tulen tanpa campuran. Memang nampak macam langkah besar ke arah tenaga lebih hijau.

    Biodiesel membantu mengurangkan jejak karbon menjadikannya antara pilihan yang lebih bersih. Walaupun ia bukan pengganti sepenuhnya kepada bahan api fosil pada peringkat sekarang, langkah beralih kepada bahan api alternatif seperti biodiesel ini adalah sebahagian daripada usaha lebih besar ke arah sistem tenaga yang lebih bertanggungjawab dan mesra alam.

    Dari ladang sawit terus ke tangki SUV

    Macam mana buah kelapa sawit yang kita nampak kat tepi lebuhraya tu boleh jadi bahan api? Perjalanannya cukup teliti.

    Bermula daripada buah sawit yang dituai secara lestari dari ladang sawit, buah-buah ini akan melalui proses saintifik untuk menjadi biodiesel berkualiti tinggi.

    MENARIK:  [VIDEO] Che Ta Tidak Sihat, Aaisyah Dhia Rana Kemas Bilik Tidur Sendiri

    Pihak FGV turut menguji bahan api ini pada kenderaan SUV sebenar untuk melihat prestasinya menerusi ujian on the road di mana kenderaan dipandu dalam keadaan realistik jalan raya di Malaysia.

    Mitos vs fakta tentang Biodiesel!

    Antara kebimbangan yang sering timbul ialah sama ada Biodiesel boleh merosakkan enjin. Sebenarnya, biodiesel yang dihasilkan mengikut piawaian direka untuk selamat digunakan dengan dalam enjin yang sesuai.

    Ada juga yang beranggapan bahawa Biodiesel masih belum terbukti, sedangkan ia telah melalui pelbagai ujian termasuk dalam keadaan pemanduan harian.

    Selain itu, terdapat juga yang menganggap bahawa Biodiesel ialah minyak masak terpakai. Sebenarnya, tanggapan ini kurang tepat. 

    Di Malaysia, biodiesel termasuk B100 dihasilkan daripada minyak sawit yang telah diproses dan ditapis melalui proses industri yang terkawal, bukannya secara langsung daripada sisa dapur. 

    Walaupun minyak masak terpakai boleh digunakan sebagai bahan mentah alternatif dalam penghasilan biodiesel di sesetengah negara, ia bukan sumber utama bagi pengeluaran biodiesel di Malaysia.

    Ujian dunia sebenar dengan SUV!

    Siapa kata biodiesel tak praktikal? FGV Holdings Berhad (FGV) sudah pun menjalankan ujian jangka panjang menggunakan B100 pada kenderaan jenis SUV dalam keadaan pemanduan harian.

    Selepas 15 bulan ujian dengan jarak perjalanan sejauh 50,000 km, hasilnya? Sangat memberangsangkan! Tiada sebarang isu enjin yang dilaporkan. Ini membuktikan bahawa dari segi operasi, teknologi hijau ini semakin bersedia untuk diperluaskan. 

    Kenapa rakyat Malaysia perlu ambil tahu?

    Mungkin ada yang fikir, “Ini semua isu industri je…”

    Tapi sebenarnya tak. Biodiesel ada kaitan langsung dengan kehidupan kita dari kenderaan yang kita guna, barang yang dihantar ke rumah, sampai ke sistem logistik negara.

    Ia bukan hanya tentang apa yang kita pam di stesen minyak, tetapi juga tentang bagaimana tenaga hijau ini menggerakkan kehidupan harian kita, daripada makanan yang sampai ke kedai, barangan yang dihantar, hinggalah operasi industri yang berjalan setiap hari. 

    Biodiesel bukan sekadar alternatif sementara, tetapi salah satu kemungkinan untuk masa depan tenaga negara. Daripada kenderaan hingga ke mesin industri, ia membuka peluang kepada penggunaan sumber tempatan secara lebih bijak dan mampan.

    FGV yang menjalankan ujian sebenar telah menyumbang pengalaman dan data penting dalam memahami potensi bahan api ini.

    Walau bagaimanapun, penggunaan secara meluas masih perlu memerlukan sokongan dasar dan kesediaan keseluruhan ekosistem.

    The post Dari Minyak Sawit Ke Tangki Kenderaan, Apa Yang Ramai Tak Tahu Tentang Biodiesel?  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah