25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jururawat rugi RM144,000 diperdaya sindiket penipuan

    Shopee Sale

    Seorang jururawat mengalami kerugian berjumlah RM144,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

    Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata wanita berusia 39 tahun itu pada awalnya menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa kononnya dia pegawai polis pada 18 Jan lalu.

    Katanya suspek memaklumkan mangsa kononnya dia terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram namun dimenafikan.

    “Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat laporan polis bagi tujuan siasatan, selain dipaksa mengaku kesalahan itu dan diugut akan ditahan.

    MENARIK:  Orang awam boleh semak laporan EIA projek KXP hingga 27 Mei

    “Justeru, mangsa telah memindahkan wang ke dalam tiga akaun menggunakan wang simpanan dan pinjaman peribadi daripada bank berjumlah RM144,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Yahaya berkata mangsa yang curiga setelah wangnya tidak dikembalikan dalam tempoh yang lama kemudian mengesyaki diperdaya.

    Katanya mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.

    Kes katanya sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah