26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Imigresen tarik balik perintah pengusiran terhadap ahli politik Bangladesh

    Shopee Sale

    Pihak berkuasa imigresen Malaysia menarik balik perintah pengusiran terhadap ahli politik pembangkang Bangladesh MA Quayum, yang menegaskan bahawa nyawa dan keselamatannya akan terancam jika dihantar pulang ke tanah airnya.

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini merekodkan penghakiman persetujuan antara Quayum dan menteri dalam negeri serta tiga lagi responden.

    Prosiding di hadapan hakim K Muniandy hari ini pada mulanya ditetapkan untuk permohonan habeas corpus Quayum terhadap dakwaan penahanannya yang menyalahi undang-undang.

    Menurut salinan penghakiman persetujuan, pihak berkuasa Malaysia bersetuju membatalkan perintah bertarikh 24 Jan bagi penangkapan dan pengusiran Quayum.

    MENARIK:  Dzulkefly ikrar akan siasat dakwaan gangguan seksual di hospital Sabah

    Pihak berkuasa juga bersetuju membenarkan pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu ditempatkan semula di negara lain.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah