27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fitri Haris Syukur Bayaran Tertunggak Konsert ‘This Is UNIC’ Sudah Lunas

    Shopee Sale

    Penyanyi, Fitri Haris akhirnya boleh menarik nafas lega apabila isu bayaran tertunggak melibatkan konsert This Is UNIC yang berlarutan lebih empat bulan, kini sudah selesai sepenuhnya.

    Artikel Berkaitan: Fitri Haris Buat Laporan Polis, Penganjur Konsert ‘This Is UNIC’ Didakwa Belum Lunaskan Bayaran

    Bayaran selesai

    Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fitri meluahkan rasa syukur selain berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus membantu sepanjang kemelut itu berlangsung.

    Alhamdulillah, syukur ya Allah. Setelah lebih empat bulan, pembayaran akhirnya telah dibuat sepenuhnya oleh pihak penganjur.

    Terima kasih kepada rakan-rakan media yang banyak membantu serta doa daripada semua. Kami juga mendoakan agar segala urusan dipermudahkan buat semua pihak.

    Dalam masa sama, Fitri turut melihat ujian yang dilalui sebagai satu pengalaman berharga yang mematangkan perjalanan mereka dalam industri seni.

    Ujian ini bukan untuk mematahkan semangat, tetapi untuk kita bangkit dan berusaha lebih kuat. What next? Let’s move to the next chapter, insya-Allah. This is UNIC, we are UNIC.

    Terdahulu, UNIC dilaporkan berdepan isu bayaran tertunggak susulan penglibatan mereka dalam konsert yang berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 20 Disember tahun lalu.

    MENARIK:  Jimat, Mudah, Meriah! Grab Bantu Korang Celebrate Merdeka Dengan Promosi Hebat!

    Isu tersebut mula menjadi perhatian apabila Fitri secara terbuka menyuarakan kekecewaan, malah mengambil langkah membuat laporan polis selepas pihak penganjur didakwa gagal melunaskan bayaran penuh seperti yang dipersetujui.

    Bukan itu sahaja, pihak UNIC turut memberi tempoh kepada penganjur untuk menyelesaikan bayaran berkenaan, selain tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan lanjut sekiranya isu berlarutan tanpa penyelesaian.

    Perkembangan tersebut mendapat perhatian ramai termasuk peminat dan penggiat industri, yang berharap agar kemelut itu dapat diselesaikan secara baik tanpa menjejaskan hubungan antara semua pihak.

    Sumber: Instagram

    The post Fitri Haris Syukur Bayaran Tertunggak Konsert ‘This Is UNIC’ Sudah Lunas first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah