Pempengaruh media sosial, Sam Lim dan isterinya, Parisa Ardina meraih pujian netizen apabila berkongsi momen sesi fotografi pra-perkahwinan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Rezeki Belum Cukup, Jangan Terburu-Buru Nak Kahwin.. Semua Benda Pakai Duit’ – Sam Lim
Artikel Berkaitan: Parisa Ardina Kongsi Detik Awal Kenal Sam Lim – ‘November 2025 Kenal, April 2026 Kahwin’
Pra-perkahwinan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sam Lim dilihat bersama Parisa mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan di Taman Saujana Hijau, Putrajaya.
Pada hantaran yang sama, Sam Lim sempat berseloroh pada kapsyen untuk fikir sebaiknya dalam membuat keputusan sebelum mengadakan sesi fotografi secara ‘outdoor’.
Fikir dua tiga empat lima enam kali sebelum anda semua buat sesi fotografi di luar.
Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian netizen dengan memuji pasangan tersebut yang memilih sesi fotografi pra-perkahwinan selepas sah bergelar suami isteri.
Reaksi netizen




Imbas kembali, pempengaruh media sosial Sam Lim selamat bergelar suami kepada pelakon baharu dan model, Parisa Ardina yang berlangsung di sebuah masjid pada 10 April.
Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran para keluarga dan rakan terdekat.
Sumber: TikTok @Sam Lim
The post [VIDEO] Sam Lim & Parisa Ardina Raih Pujian, Buat ‘Pre-Wedding’ Selepas Nikah – ‘Macam Ini Baru Betul’ first appeared on OHBULAN!.





