30.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harimau kumbang masuk perangkap Perhilitan di Kuala Pilah

    Shopee Sale

    Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki peranangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol, di Kuala Pilah hari ini.

    Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan Faizal Izham Pikri berkata pihaknya menerima maklumat harimau kumbang memasuki peranangkap pada 7.40 pagi.

    “Petugas Perhilitan tiba di lokasi dan mendapati seekor harimau kumbang jantan mengalami kecederaan dan doktor veterinar Perhilitan mengesahkan harimau kumbang itu cedera di bahagian muka dan leher

    “Usaha menangkap harimau kumbang dilaksanakan sejak tiga tahun lepas, setelah menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran haiwan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Jais diarah siasat segera semua rumah amal, sekolah berkaitan GISBH

    Menurut Faizal Izham, berdasarkan rakaman kamera yang dipasang di sekitar tiga peranangkap harimau kumbang mendapati hidupan liar itu cuba memasuki peranangkap yang mempunyai umpan kambing namun tidak berjaya kerana bersaiz besar.

    "Sehubungan itu, pihak kami membuat keputusan memasang peranangkap harimau belang untuk memerangkap harimau kumbang tersebut. Akhirnya memasuki peranangkap setelah mengambil masa lebih kurang tiga tahun," katanya.

    Beliau berkata haiwan tersebut akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk rawatan sebelum pelepasan dilakukan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah