24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Exco pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru

    Shopee Sale

    Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar sejak petang semalam.

    Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata Wan Badariah, 47, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer dari parti PAS ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.

    “Beliau dimasukkan ke hospital petang semalam dan masih ditidurkan tetapi (keadaan) stabil.

    “Kita doakan beliau cepat sembuh, punca awal tiroid, kemudian dikesan (mengalami komplikasi) jantung dan paru-paru...ada air dalam paru-paru,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Kangar hari ini.

    MENARIK:  Clare dakwa Interpol tolak 2 permohonan notis merah M'sia

    Mohd Shukri berkata pada masa ini pihaknya belum membuat sebarang keputusan melantik pemangku bagi menggalas tugas Wan Badariah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah