Pelakon, Ezzanie Jasny meluahkan mengenai perjalanan hidupnya yang kini mencecah usia 27 tahun, namun masih belum mendirikan rumah tangga
Artikel Berkaitan: ‘Orang Nampak Berlakon Senang, Tapi Hakikatnya Tak.. Nak Buat Scene Menangis Pun Susah’ – Ezzanie Jasny
Artikel Berkaitan: ‘Sombong? Saya Tak Pernah Kata Tidak Bila Orang Ajak Bergambar Atau Berborak’ – Ezzanie Jasny
Belum pasti arah masa depan

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, mengakui kebanyakan harinya dilalui dengan baik.
Namun terdapat pada waktu tertentu, perkara kecil seperti melihat pasangan bahagia mampu menyentuh emosinya.
Pada usia 27 tahun, saya masih belum mempunyai pasangan dan belum pasti tentang arah masa depan.
Kebanyakan hari saya rasa baik sahaja, menjalani hidup mengikut rentak sendiri.
Tetapi ada kalanya perkara kecil pun boleh mencetuskan emosi.
Ingin mencintai & dicintai

Dalam masa sama, aktres drama bersiri Seindah Hujan itu mengakui masih menyimpan keinginan yang terpendam, iaitu untuk mencintai dan dicintai serta membina sesuatu yang bermakna bersama seseorang.
Tengok pasangan lain bahagia dan membina kehidupan bersama membuatkan saya tersentuh.
Itu juga yang selalu saya impikan.
Jauh di sudut hati, saya masih menginginkan untuk mencintai dan dicintai serta memiliki sesuatu yang benar-benar bermakna.
Cuma saya tidak pasti sama ada ia ditakdirkan untuk saya.
Tambahnya lagi, perancangan lamanya bersama bekas kekasih untuk berkahwin pada awal usia 20-an tidak menjadi kenyataan.
Dulu, ketika bersama bekas kekasih, saya merancang untuk berkahwin pada usia 22 tahun atau 23 tahun, namun ia tidak menjadi.
Kemudian, saya menetapkan sasaran pada usia 25 tahun, tetapi kini saya sudah pun berusia 27 tahun.
Sedikit sebanyak perkara itu mula merisaukan.
Sumber: Threads
The post ‘Dah 27 Tahun Masih Belum Ada Pasangan, Tengok Orang Lain Bahagia Buat Saya Tersentuh’ – Ezzanie Jasny first appeared on OHBULAN!.





