24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abby Abadi ‘Throwback’ Pengalaman Disondol, Titip Pesanan Untuk Tuntut Hak Dari Awal – ‘Mereka Hidup Aman Bahagia Walaupun Saya…’

    Shopee Sale

    Pelakon Abby Abadi tampil bersuara mengenai situasi golongan isteri yang dilihat sering meletakkan salah pada ‘penyondol’ rumah tangga daripada suami sendiri.

    Artikel Berkaitan: Abby Abadi Persoal Tindakan Pengarah Minta Pelakon Wanita Buka Tudung

    Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kurang Senang Norish Karman Dihujani Dakwaan Negatif – ‘Kenapa Persoalkan Ujian Menimpa Dia Sekarang?’

    Suami dan penyondol

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu mempersoalkan tindakan isteri yang sering kali dilihat menyerang orang ketiga susulan rumah tangga bergolak.

    Kenapa bila suami curang, isteri selalu salahkan penyondol? Serangan utama mesti penyondol. Suami tak salah ke? Kebanyakkan mesti tularkan muka penyondol dulu.

    Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, yang berpendapat kedua-dua pihak wajar dipersalahkan.

    Dalam pada itu, Abby sempat berkongsi pengalaman pahit rumah tangganya yang pernah diganggu orang ketiga, yang kini hidup bahagia sedangkan dia dan anak-anak ditinggalkan begitu sahaja.

    Dua-dua salah dan patut dipersalahkan.

    Zaman saya dulu, saya salahkan suami saja sebab awalnya tak tahu siapa penyondol.

    Akhirnya mereka bersama. Hidup aman bahagia, walaupun saya dan anak-anak ditinggal macam itu saja.

    Berkongsi lanjut, Abby memaklumkan bahawa dia memilih untuk memaafkan segala yang berlaku sekali gus menitipkan pesanan kepada para isteri agar menuntut hak diri dan anak-anak sekiranya ditinggalkan suami.

    Pendekkan cerita, saya maafkan dan mengalah untuk semua perkara. Susah senang saya jalan terus, jaga anak-anak tanpa meminta apa-apa dari bekas suami.

    Masa berlalu, tiba-tiba mereka kaya. Kita pula yang nampak salah di mata semua orang. Itulah dunia.

    Pengajarannya, tuntut hak dari mula. Biar tinggal pakaian dalam saja.

    Sumber: Threads @abbyabadi_112

    MENARIK:  Wanita & Anak Terpaksa Berteduh Di Masjid Selepas Berpisah Dengan Suami – ‘Minum Air Paip..Masa Tu Hamil 7 Bulan’

    The post Abby Abadi ‘Throwback’ Pengalaman Disondol, Titip Pesanan Untuk Tuntut Hak Dari Awal – ‘Mereka Hidup Aman Bahagia Walaupun Saya…’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah