Pelakon, Fatin Afeefa mengubati rindu peminat apabila hadir memberikan sokongan buat rakan seperjuangannya, Aedy Ashraf pada malam gala filem Tarung: Unforgiven baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Syukur Nafkah Anak Dinaikkan – ‘Tidak Lagi Bergantung Pada Ibu Saja’
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Sara Hidup Tanpa Nafkah Daripada Bekas Suami – ‘Catu Makanan Kongsi Bertiga’
Beri sokongan
View on Threads
Kehadiran Fatin bukan sekadar sebagai rakan artis, malah ia dianggap sebagai satu ‘reunion’ bermakna buat peminat filem Tentang Bulan.
Menerusi hantaran di Threads pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, meluahkan rasa bangga melihat kejayaan Aedy.
Sertai malam gala filem Tarung untuk Aedy.
Kita bermula sebagai pelakon daripada kanak-kanak dan sekarang kamu sudah berjaya membina sesuatu yang begitu besar.
Sangat bangga dengan kamu.
Lebih menarik perhatian, Aedy turut memberi maklum balas pada hantaran Fatin dan sempat berseloroh mengenai kenangan lama mereka.
Terima kasih Ila (watak Fatin dalam filem). Tak sia-sia dulu saya kejar awak naik basikal, hari ini awak tampil beri sokongan pada filem saya.
Interaksi antara kedua-dua pelakon itu kemudiannya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya gembira melihat mereka berdua masih berkawan.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post Reunion ‘Mawi & Ila’, Fatin Afeefa Bangga Lihat Kejayaan Aedy Ashraf first appeared on OHBULAN!.





