25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM mahu 30,000 program Jualan Rahmah Madani tahun ini

    Shopee Sale

    Kerajaan bersetuju untuk memperbanyak Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di seluruh negara dengan menambah kekerapan pelaksanaan program itu kepada setiap minggu dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif PJRM yang dikendalikan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu menyasarkan sebanyak 30,000 program diadakan tahun ini.

    Beliau berkata PJRM yang terbukti berupaya menawarkan harga hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran itu akan diadakan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), pinggir bandar, kawasan desa dan kampung terpilih.

    “Tahun lalu, kerajaan telah melaksanakan lebih 25,000 PJRM melibatkan semua kawasan DUN di negara kita, jadi saya ingin untuk (ia) dimulakan segera sekarang, dan untuk tahun 2026 ini kita telah mengumumkan 30,000 Jualan Rahmah. Maknanya ditingkatkan.

    “Dengan cara ini, pembeli dapat kepastian di mana boleh dibeli (barangan) dan pada hari dan jadual yang tetap,” kata beliau pada Sidang Media Krisis Bekalan Global selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), di Putrajaya, hari ini.

    MENARIK:  Polis siasat dakwaan pelajar lelaki tingkatan dua dibuli di USJ

    Anwar berkata PJRM juga melibatkan peniaga kecil bagi memastikan golongan itu turut mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.

    “Kita tidak mahu ini (PJRM) dijadikan satu gelanggang untuk syarikat besar, tetapi untuk memastikan faedah daripada Jualan Rahmah MADANI ini memberi kesempatan kepada peniaga kecil menjual barangan mereka dengan kadar harga yang lebih murah,” kata beliau.

    Perdana Menteri berkata meskipun ikhtiar atau inisiatif yang dilaksanakan kerajaan itu tidak menyelesaikan semua masalah, namun ia dapat meringankan sedikit tekanan yang dihadapi rakyat ekoran krisis bekalan global yang berlaku ketika ini.

    “Insya-Allah dalam acara mingguan kita (mesyuarat MTEN pada Selasa), dan mesyuarat Jemaah Menteri esoknya, setiap Rabu, kita akan terus meneliti dan mencari beberapa ikhtiar baharu untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat,” kata beliau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah