Pelakon jelita, Anzalna Nasir berpandangan bahawa kecantikan yang dimiliki oleh seseorang wanita tidak mencukupi untuk membina rumah tangga yang bahagia.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Akui Tiada Keperluan Untuk Sombong – ‘Kalau Rasa Kaya, Ada Yang Lebih Kaya’
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Sebak Terima Komen Positif Dari Guru Kelas, Eidress Disifatkan Pelajar Fokus – ‘Hanya Ibu Bapa Saja Yang Faham’
Perlu mahir pelbagai aspek

Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG), pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir, 38, berpendapat bahawa seseorang isteri perlu memiliki pelbagai kemahiran, termasuk mengurus anak, memasak serta menjaga rumah tangga dengan baik.
Dalam rumah tangga, cantik sahaja tak cukup.
Kena pandai jaga anak, pandai memasak, mengemas rumah, dan boleh jadi isteri solehah.
Pendek kata, jadi ‘full package’ baru berbaloi.
Malah, Anzalna turut berseloroh dengan menyatakan suaminya, Hanif Zaki, bertuah kerana memilikinya sebagai pasangan hidup.
Contohnya, macam suami saya, dia memang jackpot dapat saya.
Saya boleh buat semua benda.
Sumber: Instagram
The post ‘Cantik Sahaja Tak Cukup, Kena Full Package Baru Berbaloi Jadi Isteri’ – Anzalna Nasir first appeared on OHBULAN!.





