25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah arah TNB bayar RM4.74 juta pada 100 mangsa banjir Lembah Bertam

    Shopee Sale

    Selepas 13 tahun penantian, para penduduk Lembah Bertam hari ini mendapat keadilan atas kecuaian Tenaga Nasional Bhd (TNB) susulan insiden pelepasan air dari empangan di Cameron Highlands, yang meragut empat nyawa dan mengakibatkan kerugian harta benda.

    Mahkamah Tinggi Seremban mengarahkan TNB membayar ganti rugi sebanyak RM4,742,459.76 kepada 100 individu yang menjadi mangsa kejadian banjir kilat pada 2013.

    Adun Tanah Rata, Ho Chi Yang yang hadir prosiding mahkamah bersama barisan peguam yang mewakili penduduk berkata keputusan itu melibatkan tiga kategori pampasan iaitu ganti rugi khas berdasarkan kerugian setiap plaintif, ganti rugi am sebanyak RM30,000 bagi setiap plaintif dan ganti rugi teladan sebanyak RM10,000 bagi setiap plaintif.

    "Sepanjang proses kehakiman yang panjang ini, para mangsa telah menanggung tekanan fizikal dan emosi yang amat berat. Lebih menyedihkan, beberapa orang mangsa telah meninggal dunia sebelum sempat menerima keputusan pampasan yang sewajarnya.

    “Keadilan akhirnya akan tiba, namun keadilan yang lewat telah menyebabkan rakyat menanggung penderitaan yang berpanjangan.

    "Pampasan ini sudah tentu dapat membantu mangsa membina semula kehidupan dan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung selama ini. Namun yang lebih penting, ia membawa mesej yang jelas bahawa keadilan telah ditegakkan dan tanggungjawab tidak boleh dielakkan," katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Peguam Manogaran Marimuthu, Thulsi Manogaran dan Mooresh Kana Murthy mewakili plaintif manakala Alvin John mewakili syarikat utiliti itu.

    Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Ahmad Shahrir Salleh menaksir jumlah ganti rugi dalam kes saman berkenaan selepas penghakiman sebelum ini mendapati TNB cuai dalam pengendalian Empangan Sultan Abu Bakar.

    Mahkamah menganugerahkan ganti rugi khas sebanyak RM912,459.76, ganti rugi am sebanyak RM30,000 untuk setiap plaintif, dan ganti rugi teladan sebanyak RM10,000 bagi 83 plaintif yang terselamat.

    MENARIK:  PM Perancis akan letak jawatan pada Isnin

    Mahkamah memutuskan ganti rugi keseluruhan sebanyak RM4,742,459.76, dengan faedah tahunan 5 peratus dari 25 Mei 2018 sehingga jumlah penghakiman itu diselesaikan.

    Hakim Ahmad Shahrir dilaporkan berkata mahkamah mengambil maklum keputusan mahkamah perbicaraan bahawa TNB bertanggungjawab sepenuhnya dan cuai dalam pengendalian dan penyelenggaraan Empangan Sultan Abu Bakar.

    Sementara itu, Ho juga berkata dia berharap TNB dapat mempercepatkan proses pembayaran dan tidak merayu keputusan mahkamah hari ini.

    "Mangsa telah menanggung penderitaan selama tiga belas tahun, dan sebarang kelewatan yang tidak perlu hanya akan mencemarkan makna keadilan yang akhirnya ditegakkan,” kata Adun itu lagi.

    Pada 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) cuai dan perlu membayar pampasan, sebelum keputusan itu disahkan Mahkamah Persekutuan pada 2019.

    Menurut Ho, prosiding taksiran ganti rugi yang berlarutan selama bertahun-tahun akhirnya diselesaikan dengan keputusan hari ini, sekali gus menamatkan pertikaian undang-undang selama lebih satu dekad.

    Penduduk menyaman TNB kerana melepaskan air dari empangan ke Sungai Bertam sebanyak tiga kali tanpa amaran pada awal pagi 23 Oktober 2013 susulan hujan lebat, menyebabkan banjir besar di Lembah Bertam yang memusnahkan harta benda dan meragut empat nyawa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah