24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Huda Dipuji Netizen, Disifatkan Pelakon Luar Biasa – ‘Dia Sangat Berbakat, Boleh Bawa Pelbagai Watak’

    Shopee Sale

    Seorang individu tampil memuji lakonan aktres Nabila Huda sekali gus mempertahankan kredibiliti seni yang dimiliki pelakon tersebut.

    Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Bila Pakai Comot Masuk Restoran Fancy Macam Kena Judge’ – Nabila Huda

    Artikel Berkaitan:  ‘Sangat Humble, Tak Sombong & Layan Semua Krew Sama Rata Dengan Artis’ – Individu Dedah Sikap Nabila Huda

    Bakat, lakonan Nabila Huda dipuji

    Menerusi satu hantaran balas di aplikasi Threads, individu berkenaan menyifatkan Nabila sebagai seorang pelakon yang sangat berbakat dan mampu membawa pelbagai jenis watak dengan baik.

    Menurutnya, keupayaan anak kepada penyanyi Amy Search itu untuk berubah daripada personaliti sebenar kepada karakter berbeza di layar membuktikan kekuatan lakonannya.

    Bagi saya dia bukan biasa. Dia sangat berbakat. Dia boleh bawa apa-apa watak.

    Kita tahu macam mana karakter sebenar dia dalam kehidupan realiti, tapi bila dalam skrin, dia berubah sepenuhnya. Itu bukan biasa, itu talent.

    Kenyataan tersebut dilihat sebagai respon terhadap satu komen lain yang mendakwa lakonan Nabila sekadar biasa dan tidak benar-benar ‘menghidupkan’ watak yang dibawa.

    MENARIK:  Ustaz Kazim Elias Nasihat Waris Jangan Takut Uruskan Jenazah Keluarga

    Terdahulu, seorang pengguna menyuarakan pandangan berbeza dengan menyatakan bahawa lakonan Nabila kelihatan seperti sekadar berlakon dan tidak cukup mendalam.

    Perkongsian itu kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tampil mempertahankan bakat Nabila serta mengiktiraf keupayaannya sebagai antara pelakon versatil dalam industri seni tanah air.

    Sumber: Threads

    The post Nabila Huda Dipuji Netizen, Disifatkan Pelakon Luar Biasa – ‘Dia Sangat Berbakat, Boleh Bawa Pelbagai Watak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah