33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr Afif cabar Azeez tunjuk surat SPRM, desak Asyraf Wajdi letak jawatan

    Shopee Sale

    Bersatu hari ini menuntut bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim dan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mengambil langkah bertanggungjawab berikutan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji pada Rabu lalu.

    Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Afif Bahardin berkata, laporan RCI berkenaan mengesahkan wujud kelemahan serius dalam tadbir urus serta pengurusan institusi simpanan umat Islam, sekali gus mencetuskan tuntutan akauntabiliti daripada pelbagai pihak.

    Abdul Azeez Abdul Rahim

    “Rakyat kini menuntut akauntabiliti, bukannya alasan. Sehubungan itu, saya menggesa Abdul Azeez tampil segera kepada rakyat dan mengesahkan sama ada beliau telah dipanggil atau menerima sebarang notis daripada SPRM berhubung siasatan susulan terhadap dapatan RCI,” katanya dalam satu kenyataan yang juga dikongsi di media sosial nya hari ini.

    Menurut Adun Taman Medan, Selangor itu, Abdul Azeez perlu mengemukakan surat daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM bertarikh 2021 yang didakwa membebaskannya daripada sebarang penglibatan untuk tatapan umum.

    “Namun begitu itu tidak cukup untuk membersihkan beliau daripada sebarang dakwaan salahlaku selagi mana siasatan yang telus dilaksanakan.

    “Rakyat berhak mengetahui status sebenar perkara ini, dan sebarang spekulasi hanya boleh dihentikan melalui penjelasan terbuka daripada beliau sendiri dan proses siasatan yang bebas dan bersih,” katanya.

    Pada masa sama, Afif turut menggesa Asyraf Wajdi selaku pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil tanggungjawab moral atas peranannya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam sebahagian tempoh yang menjadi fokus siasatan RCI.

    Asyraf Wajdi Dusuki

    Katanya, demi menjaga integriti institusi awam dan mengelakkan persepsi campur tangan dalam siasatan atau keputusan pendakwaan, Asyraf Wajdi wajar melepaskan jawatannya sehingga seluruh proses siasatan selesai.

    “Walaupun sebarang liabiliti individu perlu ditentukan melalui proses undang-undang, beliau tidak boleh berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku,” katanya.

    MENARIK:  Cukai dividen 2 peratus ambil kira rayuan PMKS - Anwar

    Afif turut mengingatkan Umno supaya tidak menerapkan prinsip integriti secara terpilih berbanding tindakan mereka terhadap lawan politik sebelum ini.

    “Ketika melibatkan lawan politik, mereka begitu lantang menuntut peletakan jawatan atas alasan integriti. Kini apabila pemimpin mereka sendiri dikaitkan dengan tempoh pentadbiran yang menjadi subjek dapatan sebuah RCI, prinsip yang sama mesti terpakai.

    “Integriti bukan slogan yang digunakan secara terpilih,” katanya.

    Selain itu, Afif turut menyeru SPRM dan Jabatan Peguam Negara supaya menjalankan siasatan serta mengambil keputusan pendakwaan secara bebas, profesional, dan tanpa memilih bulu kerana tiada individu yang kebal daripada undang-undang.

    Antara lain, RCI yang didedahkan minggu lalu mendapati bahawa Tabung Haji sepatutnya merekodkan kerugian sebanyak RM1.4 bilion pada tahun 2017, dan bukannya keuntungan RM3.4 bilion seperti yang dilaporkan.

    Ia turut mendapati bahawa pengagihan hibah (dividen) telah diteruskan menerusi amalan perakaunan yang tidak wajar, dengan suruhanjaya mengesyorkan audit forensik dijalankan ke atas 14 pelaburan bermasalah di samping mengesyorkan larangan ke atas ahli politik aktif daripada menyertai lembaga pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikatnya.

    RCI turut mengiktiraf usaha kerajaan dan pengurusan baru Tabung Haji selepas 2018 untuk menstabilkan institusi tersebut, memperkukuh tadbir urus, serta membina semula keyakinan pendeposit.

    Laporan itu menyatakan pengurusan Tabung Haji telah meningkatkan penglibatan awam melalui taklimat media dan sesi libat urus pemegang taruh, manakala jumlah deposit meningkat kepada kira-kira RM76 bilion menjelang akhir tahun 2020 dan kemudiannya mencecah RM88 bilion.

    Kerajaan juga telah meluluskan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Semula Tabung Haji pada Disember 2018 bagi merapatkan jurang antara aset dan liabiliti lembaga berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah