29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Melaka: Marzuki cuit isu umpan dan jerat kerjasama ‘UMPAS’

    Shopee Sale

    PAS - yang kini menguasai PN melalui pelbagai jawatan strategik - sudah menghantar isyarat bahawa kerjasama mereka dengan BN untuk PRN Melaka bukan lagi seperti apa yang berlaku di Johor atau Negeri Sembilan.

    Di kedua-dua negeri itu, PN lebih dilihat sebagai pendukung gerakan BN dalam mendepani musuh bersama mereka - PH.

    Namun beberapa hari lalu Presiden PAS Abdul Hadi Awang memaklumkan secara terbuka sifir kerjasama mereka untuk Melaka "mungkin lain ceritanya" berdasarkan kepada faktor semasa.

    Antaranya, Abdul Hadi berkata, kerana "di Melaka BN kosong dalam parlimen" merujuk kepada kegagalan parti itu memenangi sebarang kerusi bagi Dewan Rakyat dalam PRU yang lalu.

    PN sebaliknya menguasai tiga daripada enam kerusi Dewan Rakyat yang ada di Melaka, manakala baki tiga yang lain dimenangi oleh PH.

    Menanggapi isyarat yang masih terbuka untuk ditafsir itu seorang watak berpengaruh dalam Bersatu menganggap apa yang berlaku adalah langkah terancang PAS untuk mengenakan BN di sebalik kerjasama yang terjalin.

    Menurut Marzuki Mohamad sebenarnya parti itu memasang umpan di Johor pada Julai lalu namun ia hanya 'diragut' apabila kedua-dua parti bertanding bersama di Negeri Sembilan baru-baru ini.

    "Masuk jerat di Melaka. Buat lauk di PRU ke-16," tulis ahli akademik yang pernah menjadi pegawai kanan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, sewaktu Ahli Parlimen Pagoh itu menjadi perdana menteri dulu.

    "Selamat maju jaya UMPAS," tambahnya, menyindir.

    Cabaran susun persefahaman

    Mengiringi hantaran di media sosial itu ialah tangkap layar laporan Malaysiakini serta hantara Annuar mengenai PRN Melaka.

    Untuk rekod Bersatu menyertai PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu secara solo di sebalik kedudukan mereka masih lagi sebahagian daripada komponen PN. Bagaimanapun cara layanan PAS serta parti komponen lain terhadap Bersatu menghantar mesej bahawa mereka sudah tidak diingini lagi dalam gabungan tersebut.

    MENARIK:  Kes Muhyiddin: Syarikat keluar empat cek RM800,000 kepada Bersatu

    Di Negeri Sembilan, Bersatu mempertaruhkan 24 calon namun semuanya kalah. Sebanyak 23 daripadanya malah hilang deposit.

    Sementara itu Ketua Penerangan PN, Annuar Musa, senada dengan Abdul Hadi dan memberi penegasan tambahan terhadap keperluan perubahan strategi bagi kerjasama dengan BN di Melaka.

    Dia yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat memberitahu keadaan di negeri tersebut "sangat berbeza" berbanding Johor atau Negeri Sembilan.

    Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung Umno mengingatkan lagi bahawa PN menguasai tiga daripada enam kerusi parlimen Melaka, berbanding BN yang kalah di semua kerusi pada PRU ke-15 lalu.

    "Sejak PRU ke-15 PAS Melaka mencatat perkembangan paling pesat. Puluhan cawangan baru dibuka dengan pertambahan ahli cukup ramai.

    “DHPP (Dewan Himpunan Pendukung PAS) Melaka juga melonjak dan kini diketuai bekas pemimpin DAP Melaka,” dakwanya.

    Pada masa sama Annuar berkata Wawasan Melaka dipimpin oleh ramai mantan pemimpin kanan Bersatu.

    “Ini menjadikan PN Melaka cukup padu," katanya.

    Dia turut mengakui BN Melaka mempunyai kekuatan di peringkat DUN. Pun begitu pada pandangannya tahap sokongan terhadap parti itu belum teruji sepenuhnya.

    Cabaran di Melaka, tambah bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, ialah bagaimana menyusun persefahaman yang mantap.

    "Ia tidak boleh menggunakan formula Johor atau Negeri Sembilan.

    "Terserahlah kepada kebijaksanaan pemimpin BN dan PN mencari formula menang, insya-Allah," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah